Lim Kit Siang kena kutuk sebab ucap takziah kepada Adenan Satem

KEMATIAN Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak lepas daripada dijadikan bahan politik dari pihak yang berlawanan parti.

Ucapan takziah daripada Lim Kit Siang menerusi twitter yang sepatutnya dianggap sebagai ucapan hormat biasa diucapkan bagi menyantuni kematian seseorang, menerima kecaman segelintir pemimpin dan penyokong BN yang nampaknya terlalu dungu untuk membezakan waktu bila mereka patut dan tidak patut berpolitik.

Ketua Pemuda parti komponen Barisan Nasional (Parti Gerakan), Tang Keng Liang menyerang Lim Kit Siang, mengatakan pemimpin DAP itu sebagai hipokrit apabila menyebut Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebagai pemimpin berwawasan besar (great visionary) dalam ucapan takziahnya.


Aku percaya majoriti rakyat faham bahawa kita patut menyebut perkara yang baik terhadap seseorang yang telah meninggal dunia, sebagai penghormatan terhadap seseorang yang sudah pergi.

Namun pemimpin parti komponen BN ini nampaknya terlalu bebal untuk memahami perkara asas seperti itu, atau memang dia sengaja mempolitikkan kematian Tan Sri Adenan Satem untuk meraih populariti atau 'political milage'.

Ada juga penyokong BN yang mempertikai ucapan Al-Fatihah digunakan oleh Lim Kit Siang dalam ucapan takziahnya kepada Adenan.


Kedua-dua sreenshot tweet ini menjadi viral di media sosial dan whatsapp, sekaligus menerima kutukan orang ramai kerana mereka disifatkan berpolitik pada waktu yang tidak sepatutnya.

Biasalah, di mana pun kita berada, tentu ada saja segelintir orang-orang bodoh dan tidak sensitif.

4 Comments

  1. Badut gerakan itu sebenarnya nak tunjuk pandai. bengang, biadap, korup.

    ReplyDelete
  2. Janganlah tunjuk bengap sangat

    ReplyDelete
  3. Jom bersama Tone Excel untuk ubah taraf kewangan anda.

    Kalau nak ubah income anda kepada 10 kali ganda daripada apa yang anda dapat sekarang, buatlah sesuatu yang mencabar diri anda.

    Bukan buat benda yang sama aje.

    Tepat sekali apa yang dikatakan:

    If it doesn't challenge you, it doesn't change you.

    Beranikan diri untuk berubah.

    Mulakan dengan berubah kepada simkad yang boleh kayakan diri anda sendiri dulu.

    Kalau tukar simkad pun tak berani, macam mana lautan api nak direnangi? :-D

    Azam Ahmad
    01132422070 (call/whatsapp)
    sifuazam.com

    ReplyDelete
  4. Biasalah, di mana pun kita berada, tentu ada saja segelintir orang-orang bodoh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan