Saturday

Lirik lagu rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM



PARTI Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM melancarkan lagu rasmi hari ini. Aku dah dengar melodinya boleh tahan, liriknya pula aku lihat sangat sesuai dengan perjuangan parti itu.

Anda boleh menilai sendiri bait-bait lirik lagu tersebut di bawah ini.

Perjuangan kita 

Marilah kita bangun berjuang,
Bersatu untuk Malaysia gemilang,
Walau apa pun rintangan, teruskan perjuangan,
Jangan gentar, berani kerana benar,

Maruah dijunjung nilai murni disanjung,
Amalkan kebajikan, cegah kemungkaran,
Pastikan parti berintegriti,
Bersedia untuk berkorban, bersatu jadi harapan,

Marilah bersama mencipta sejarah,
Berjuang dengan semangat yang membara,
Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia.

Marilah bersama mencipta sejarah,
Berjuang dengan semangat yang membara,
Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia

Bercerai kita roboh, bersatu kita teguh,
Bersatu untuk Malaysia

Berikut video untuk mendengar melodinya pula.


EmoticonEmoticon