Thursday

Mufti Johor larang pergerakan tabung masjid ketika khatib berkhutbah


GAMBAR sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Johor yang melarang pergerakan tabung masjid ketika khatib sedang berkhutbah menjadi tular (viral) di media sosial.


Surat tersebut yang ditandatangani oleh Mufti Johor, Dato Haji Mohd Tahrir Dato' Haji Samsudin itu ditujukan kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Johor.



Menurut surat yang ditulis dalam tulisan jawi bertarikh 1 Januari 2017 itu, perbuatan menggerakkan tabung masjid ketika khatib sedang membaca khutbah adalah sesuatu yang bertentangan dengan syara' kerana jemaah dituntut mendengar khutbah dengan diam.

"Menggerakkan tabung ketika khatib sedang berkhutbah adalah ditegah oleh syara' kerana perbuatan itu adalah suatu perkara yang berlawanan dengan apa yang dituntut ke atasnya ketika itu iaitu mendengar dengan diam," tulis surat tersebut.

12 comments

Betoi tu Tn.Mufti....semasa khutbah mesti concentrate dan khuysuk 100% macam juga dalam solat harian jugak...sebab khutbah jumaat tu menggantikan dua rakaat semasa sembahyang zohor....mesti tumpu dan khusyuk sepenuhnya.

Bagaimana dengan "TAZKIRAH atau "PENCERITAAN" yang di laku kan oleh para ustaz jemputan sebelum azan Juma'at. Ada ketika nya dek kerana syok sendiri ia nya berlarutan sehingga waktu azan. Pernah seorang ustaz melakonkan semula apa yang di laku kan oleh ustaz di dalam rencangan T.V yang konon nya bersifat keagamaan Perkara ini masih berlaku di kebanyakan masjid masjid di negeri Johor termasuk di daerah Mersing dan Segamat. Saya sendiri menyaksikan nya. Di sebab kan perkara yang baru ini ramai para jema'ah yang faham dengan apa yang di ajarkan oleh Rasulullah S.A.W terpaksa mencari masjid yang tidak melakukan perkara yang baru ini atau pun datang ke masjid setelah hampir waktu azan. Mereka yang tak faham dengan sunnah Rasulullah S.A.W pula berkata, "Apa salah nya kerana untuk mengisi masa".

Elok lah jangan di tambah ritual agama yang baru kerana yang di katakan "MENGIKUT ADAT" masih berterusan di lakukan. Pegang lah "ISLAM" sapertimana yang di ajar kan oleh Rasulullah S.A.W, bukan "ISLAM-MELAYU".
"SEBAGAI ADAT"

Tidak kah perbuatan itu juga menganggu para jemaah yang sedang beriktikaf. Bukan kah di masa itu ramai para jema'ah sedang menunaikan solat sunat, membaca al-Qur'an dan sebagai nya. Elok lah di tegak kan sunnah menurut apa yang di sabdakan oleh Rasulullah S.A.W.

TAK GERAK TABUNG TU ALAMATNYA KURANGLAH KUTIPANNYA.

Masjid kat mekah dan madinah tak ada pun tabung bergerak. Tabung air zam zam utk jemaah memang banyak

Mungkin peruntukan kejaan tak cukup utk jlnkan program dan bayar bil2. Kalu peruntukan cukup tak perlulah tabung bergerak. Tabung tak begerak bolehlah ditambah di tempat strategik dlm masjid.

Bukan perkara baru pun tabung ni......sje nak tanya, Forest city ada surau tak? Boleh Azan pakai mic tak?

Betul tu tok mufti. Seeloknya tabung itu digerakkan sebelum azan shj. Selepas itu letakkan ditepi, dan terpulang pada jemaah utk memasukkan sumbangan selepas sembahyang. Setiap jemaah sudah set sebelum datang kemasjid lagi utk menyumbang, jadi janganlah bimbang akan berkurangnya koleksyen, kerana semua ini telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ada juga terkesannya pd jemaah yg khusuk dengar/ terlolap.
Ada beberapa masaalah lain yg terus menjadi budaya d pengurusan masjid yg perlu perhatian MAIJ
1. tabung kutipan masjid tidak diurus dgn berkesan dan teratur.
2. pengandalian akaun masjid tidak dipantau oleh pehak yg sewajarnya.
3. tiada pendidikan yg diberikan pada pengerusi,s/usaha,bendahari
dlm pengurusan, pentadbiran serta kawal selia akaun
3. masih ada masjid yang memiliki akaun di perbankan konvesional.
4. Melantik AJK masjid bukan berlatarbelakang ilmu yg dimiliki tapi asabab lain seperti lantikan berkaitan politik dan mendapatkan restu yb dun, bukan sokongan jemaah.
5. Ada perbalahan antara AJK dan jemaah.
6. Adakan audit pengurusan & kewangan berkala dan pamirkan akaun bulanan dan tahunan.
7. buangkan sikap mendapatkan laba/elaun dari menjadi AJK masjid apabila hadir mesyuarat atau mengira duit kutipan tabung.
masjid tempat mencari pahala dan keberkatan.
8. Suburkan skim takaful khairat dgn melanggani Sykt Takaful yg ada, bukan mengekalkan tabung khairat kematian yg tradisional.
9. Berubahlah kpd yg lebih baik..lihat masjid2 yang berjaya dgn programnya.
Waallahhuaalam.

Kehadiran AJK Masjid ke masjid juga perlu dipantau. Ada yg langsung tidak jejak masjid kecuali ada majlis. Di masjid kariah saya, AJK Pengimarahan Masjid datang ke masjid hanya pada Solat Jumaat sahaja. Itu pun kadangkala sahaja.

Memang haram hukumnya. Ia sama juga dengan hukum main handphone ketika khutbah

oh... inilah rupa sebenar surat tu. rupanya banyak cerita tokok tambah. satu cerita yg saya tahu, mufti kata hukumnya 'haram'. rupanya 'ditegah'. haram dan ditegah adalah dua perkataan yang berbeza dan mempunyai pengertian yang berbeza.

oh... inilah rupa sebenar surat tu. rupanya banyak cerita tokok tambah. satu cerita yg saya tahu, mufti kata hukumnya 'haram'. rupanya 'ditegah'. haram dan ditegah adalah dua perkataan yang berbeza dan mempunyai pengertian yang berbeza.


EmoticonEmoticon