Najib Razak bangga ada hampir 2 juta pengikut palsu di twitter

PERDANA MENTERI, Dato Seri Najib Tun Razak dalam salah satu tweet di akaun Twitter rasmi beliau hujung tahun lalu meluahkan rasa syukur dan berbangga mempunyai 3.2 juta pengikut (followers) di laman sosial tersebut.


Namun tahukah anda bahawa majoriti followers akaun twitter beliau sebenarnya adalah akaun-akaun palsu (fake accounts) yang dibuat untuk menunjukkan kononnya beliau mempunyai follower yang ramai?

Laman web twitteraudit, sebuah laman web yang membongkar penipuan media sosial terutama Twitter mendedahkan perkara tersebut.


Hasil semakan akaun @najibrazak di laman itu menunjukkan bahawa hanya 35 peratus followers tulen yang mengikut akaun Twitter Najib Razak, manakala selebihnya adalah akaun-akaun palsu (fake accounts).

Berdasarkan laman itu lagi, daripada 3.2 juta followers di akaun twitter beliau yang dibangga-banggakannya, hampir 2 juta, atau lebih tepat 1,978,319 followers Najib Razak hanyalah akaun-akaun Twitter palsu.

Akaun-akaun Twitter palsu ini  juga biasa dirujuk sebagai 'akaun telur' iaitu akaun tanpa meletakkan gambar profile, tanpa follower atau memiliki follower yang minimun


Anda boleh lihat 'akaun-akaun telur' yang berwarna-warni seperti ini bersepah-sepah menjadi follower akaun Twitter Najib Razak.

Tiada apa nak dihairankan, lihat sahajalah di halaman facebook Najib Razak, beratus-ratus malah beribu akaun-akaun facebook palsu dibuat untuk menulis komen #RespectMyPM dalam semua kiriman.

Sebagai perbandingan, aku cuba membuat semakan menggunakan akaun twitter MiLo SuaM untuk melihat sama ada terdapat akaun palsu yang menjadi followers.


Hasilnya menunjukkan majoriti followers (84 peratus) MiLo SuaM adalah akaun-akaun yang tulen.

3 Comments

  1. kalau otak penuh hasad dengki semua tak betul..kepala otak kau lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemakan dedak tak tahu beza betul dan salah...metal.

      Delete
  2. nampak tak? follower pun dia bole tipu.. inikan pulak pengundi... huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan