Pendakwaraya Singapura failkan 16 tuduhan berkait skandal 1MDB

SUMBER berita antarabangsa Reuters melaporkan, pendakwaraya dari negara jiran Singapura hari ini memfailkan 16 tuduhan terhadap bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank, sebuah bank yang berpengkalan di Switzerland, sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap 1 Malaysia Development Berhad, 1MDB yang dilanda skandal kewangan.


Bank tersebut yang juga sedang disiasat di negara asalnya, merupakan bank kedua yang diarah untuk menutup operasi tahun lalu oleh pihak berkuasa Singapura selepas BSI Bank Ltd. Tindakan itu didakwa sebagai usaha negara itu memperbaiki reputasinya sebagai pusat kewangan yang menguruskan sebahagian daripada aktiviti berkaitan 1MDB.

1MDB yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak merupakan subjek siasatan pengubahan wang haram sekurang-kurangnya melibatkan 6 negara termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat, (AS).

Para penyiasat dari Amerika Syarikat mengesan wang hampir USD700 juta telah dipindahkan dari sebuah akaun di Falcon Bank Singapura ke dalam akaun peribadi di Malaysia milik "Malaysian Official 1", di mana pegawai-pegawai di Amerika dan Malaysia telah memberitahu Reuters bahawa ia merujuk kepada Najib.

Anda boleh membaca laporan lanjut oleh Reuters di link berikut:

KliK — Reuters

Cuba anda fikirkan, banyak negara-negara di dunia masih terus menjalankan siasatan berhubung skandal 1MDB, di Singapura pula sudah dua buah bank bertaraf dunia ditutup kerana terlibat dengan skandal 1MDB, selain itu beberapa pegawai bank yang terlibat ada yang sudah dijatuhi hukuman.

Laporan terbaru ini pula tentang 16 lagi pertuduhan difailkan berhubung skandal 1MDB oleh pihak berkuasa Singapura.

Tapi, di Malaysia siasatan tentang skandal 1MDB telah ditutup, tiada siapa yang bersalah, 1MDB sudah dibersihkan daripada sebarang kesalahan, putih bersih tanpa dosa seperti bayi yang baru dilahirkan.

Apa beza siasatan skandal 1MDB di negara-negara luar berbanding di Malaysia? 

Kenapa penyiasat negara luar boleh jumpa pesalah, boleh jumpa perompak yang terlibat, boleh tutup bank-bank yang bersekongkol tetapi Malaysia tidak?

Fikirlah jika kamu ada otak.

2 Comments

  1. bodoh tk boleh diajar. org lain buat jenayah ko sibuk tuduh org lain. Dosa org lain ko nk suruh rakyat paksa ckp itu dosa najib?

    Bodoh bahlol punya blog! sap abaca pun nk tergelak.pegawia bank negara asing buat salah laku, tiba2 mcm ultraman kena terbang mai tangkap Najib..

    bapak ko kasi mak ko mengandung dulu xnk ckp salah najib jgk ke admin?

    mcm punya macai kompom lah pakatan HaraPRAK kalah teruk PRU14!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak ni bodoh, manager bank tu kena tahan sebab dia uruskan transaksi USD687 juta (RM2.6 billion) ke dalam akaun peribadi Najib Razak di AmBank Malaysia.

      Ramainya orang bodoh macam ni, patutlah Najib bebas merompak duit 1MDB, tapi rakyat bodoh macam awak ni terus jadi buta.

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan