Penduduk Baling gotong-royong ceduk air parit untuk kenduri kahwin

PENDUDUK Kampung Air Kepar, yang terletak di Baling Kedah dikatakan terpaksa berbaris dan bergotong-royong menceduk air dari sebuah parit untuk digunakan dalam sebuah majlis kenduri kahwin.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Rakaman video yang mulai viral di facebook sejak 1 Januari 2017 itu menyaksikan bagaimana sekumpulan penduduk kampung, bergotong royong saling sambut menyambut, berbaldi-baldi air yang diceduk dari parit berhampiran untuk diisi ke dalam sebuah tong yang lebih besar dipercayai sebagai simpanan air untuk majlis kenduri kahwin.

Kasihan, malang sungguh nasib penduduk kampung ini kerana mereka tidak tinggal di negeri Selangor, kerana media arus perdana pengampu kerajaan Barang Naik seperti TV3 suku, hanya melaporkan masaalah air yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Oleh kerana Baling terletak di Negeri Kedah yang ditadbir oleh Barang Naik, BN maka hanya facebook dan twitter sahajalah tempat di mana kisah mereka boleh disiarkan.

Jika kejadian ini berlaku di negeri Selangor atau Pulau Pinang, sudah pasti isu ini akan diulang tayang pagi petang siang malam, di media-media arus perdana kawalan kerajaan Barang Naik.

Berikut rakaman video yang dimaksudkan, sila klik button 'play' untuk menonton.


2 Comments

  1. Alhamdulillah..masih ada air..klu lah kat padang pasir mcmn?

    ReplyDelete
  2. Semoga ALLAH selalu memberi petunjuk!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan