Friday

Penduduk kampung terpaksa bayar RM50 untuk dapat air bersih


PENDUDUK Kampung Awat Awat di Lawas, Sarawak bukan sahaja menderita kerana ketiadaan bekalan air bersih sejak berpuluh tahun, malah terpaksa membayar RM50 untuk setiap kali penghantaran air bersih.

Pihak yang mengenakan bayaran RM50 bagi setiap kali penghantaran air itu didakwa mengunakan kenderaan JKR.


Seorang pengadu yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa masaalah air ini telah berlarutan sejak dia masih kecil lagi, sehinggalah umurnya kini yang telah menjangkau 26 tahun.

Masaalah ini katanya bukan semakin baik, malah semakin memburuk sampaikan mereka tidak tahu kepada siapa lagi perkara ini boleh diadukan. 

Dakwanya lagi, orang tuanya terpaksa bangun seawal pukul 2 atau 3 pagi semata-mata untuk mengisi air bersih sebagai simpanan, namun ada yang terpaksa membayar RM50 untuk setiap kali penghantaran air bersih oleh kenderaan JKR Lawas.


Selain itu, orang kampung terpaksa membasuh pakaian di kedai dobi yang terletak di Bandar Lawas, yang jaraknya sejauh 40 km dari kampung mereka.

Hasil tinjauan aku di facebook, kisah masaalah air yang meruncing di Kampung awat-awat ni bukan kali pertama diutarakan, malah sudah berulang kali disuarakan namun pihak kerajaan Barang Naik, BN nampaknya buat bodoh sahaja.

Sebagai contoh di bawah ini aduan yang sama dan kisah yang sama turut pernah disuarakan oleh seorang lagi pengguna facebook sekitar sebulan yang lalu.


Apa boleh buat, isu ini sama sahaja seperti video yang disiarkan di MiLo SuaM sebelum ini, di mana penduduk kampung di Baling Kedah terpaksa bergotong royong ceduk air parit untuk majlis kenduri kahwin.


Isu seperti ini takkan disiarkan di media arus perdana kawalan Kerajaan Barang Naik, BN sebab ia tidak berlaku di Selangor, atau Pulau Pinang yang ditadbir oleh pembangkang.

3 comments

Orang kampung situ memang Bodoh dan Bengap Tahap Gaban sebab masih Undi Bn Umngok.korang Bayor la sampai ke Liang Lahat hahaha

Apahal salah ummo pulak? Umno mana ada kat sarawak. Salahkan adenan satem la kalau kau nak memekak sangat. Sikit2 salahkan umno dan kerajaan pusat. Walhal taib mahmud kaya raya kau tak memekak pulak?

Senang je nak settle tu. Cuba mintak derma 2.6 bilion dr pak arab. Musti dapat punyer..


EmoticonEmoticon