Peniaga jual kuih guna matawang Yuan ¥ di Forest City, Johor

PENIAGA di Forest City Johor didakwa menjual kuih menggunakan matawang Negara China, Yuan. Sekeping gambar yang dikirim di Twitter berhubung perkara itu, oleh pengguna Twitter bernama Zata menjadi viral di media sosial.

Seorang pengguna lain pada awalnya meluahkan rasa tidak senang melihat papan tanda "Jangan pijak rumput" dalam bahasa Cina, sambil mendakwa Johor Baharu sedang dijual kepada pelabur-pelabur dari Negara China.

"I hate that JB is being sold off to mainland China investors. How ridiculous it is that you need Chinese signboards for 'don't step on grass', " tulis Iman Tanita Al Ghul di akaun Twitter miliknya.

Tweet itu kemudian dibalas oleh Zata beserta satu gambar yang didakwa diambil pada September tahun lalu (4 bulan lepas) di Forest City, Johor Baharu menunjukkan peniaga menjual kuih dengan memaparkan harga dalam matawang Yuan yang digunakan di Negara China.


Perkara itu menimbulkan perbualan hangat di media sosial. Ini menggambarkan seolah-olah begitu ramai warga China berada di Forest City pada waktu ini sampaikan peniaga boleh gunakan matawang Yuan untuk berniaga.

Jika kuih di Forest City dijual dengan harga mengikut Dollar Singapura, SDG masih boleh difahami kerana Negeri Johor memang terletak begitu hampir dengan Singapura.

Sama seperti di Golok, Thailand — Rantau Panjang, Kelantan contohnya, peniaga menerima matawang Ringgit Malaysia, RM atau Thailand Baht dalam transaksi perniagaan kerana lokasi premis terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand.

Sebelum ini Tun Mahathir meluahkan kebimbangannya mengenai pembangunan di Forest City, Johor yang didakwa membina bangunan pencakar langit untuk menempatkan lebih 700,000 warga asing dari China memandangkan harga rumah yang dibina sangat mahal lebih RM1,000,000 sekaligus menjadikannya mustahil untuk dibeli dan dipenuhi oleh warga tempatan.


23 Comments

  1. Thai BAHT. ☺ hehehe

    ReplyDelete
  2. Now it has apparently dawned upon us that Najib has sold the country's sovereignty to China.Bandar Malaysia is actually a trade off between Najib and those cash riched China investors.The desperate Prime Minister has to resort to this unthinkable aspect as a way out to solve his massive debts believed to be in a gargantuan of billion ringgits.No one is exactly fooled when Umno leaders brush aside suggestions that Bandar Malaysia is being leased off to the Chinamen and renamed by the latter as Forest City.Well you cannot blame Najib for engaging in such a treasonous deal that may well impact upon Malaysians.The pragmatic Chinamen could well tell off Najib that unless he grants extraordinary concessions,there would be no deal effected.On this count,would Najib have simply spurned it?

    ReplyDelete
  3. Now it has apparently dawned upon us that Najib has sold the country's sovereignty to China.Bandar Malaysia is actually a trade off between Najib and those cash riched China investors.The desperate Prime Minister has to resort to this unthinkable aspect as a way out to solve his massive debts believed to be in a gargantuan of billion ringgits.No one is exactly fooled when Umno leaders brush aside suggestions that Bandar Malaysia is being leased off to the Chinamen and renamed by the latter as Forest City.Well you cannot blame Najib for engaging in such a treasonous deal that may well impact upon Malaysians.The pragmatic Chinamen could well tell off Najib that unless he grants extraordinary concessions,there would be no deal effected.On this count,would Najib have simply spurned it?

    ReplyDelete
  4. Katalah apa pun tapi realitinya fulus yg menentukan

    ReplyDelete
  5. Belum lagi menjadi "RAKYAT" di Forest City "YUEN" telah pun di gunakan. Bagaiman apabila status mereka setelah menetap di sana nanti? Terima kasih Najib dan mereka yang bersekongkol dengan nya!!!

    Disini aku kira mereka yang sayang akan Negara ini mendengar keluhan Tun Mahathir. Bertindak lah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib jugak yg dipersalahkan...kuasa besar kt johor tu yg org banga-bangakan tu yg jual tanah tu kt diorg...aku penah masuk forest city, mmg mostly org diorg je kt sana

      Delete
  6. Dulu kat Thailand border nampak perniaga jual barang dengan harga RM dan berniaga dengan wang RM apa salahnya? Kalau nampak orang China ramai dan peniaga letak harga dalam Yuan, orang China bayar dengan Yuan apa salahnya? Bodoh betulnya! Asalkan dapat wang yang sama harga dengan RM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishh..maseh nk tegakkan jarum yg basah...bangsa johor ke ni ?

      Delete
  7. Sahlah kau bodoh.

    Di golok/rantau Panjang tu org boleh terima lg bila RM & Baht digunakan sebab dah sah Malaysia dan Thai berjiran.

    Soalnya bila masa Malaysia bersempadan dengan China sampai boleh guna Yuan pulak?

    Sebab ramai warga China? Apahal pulak?

    Sedangkan kedai2 runcit Korea di area solaris mont kiara & hartamas yg memang bersepah didiami org korea pun jual brg dalam RM

    Ini ke kesan 'positif' yang dibanggakan? Kalau macamtu baik tak payah.

    ReplyDelete
  8. Bukan salah Najib 100% di Forest city..
    Ada kuasa lain yang menjual tanah di Forest city dan di Danga Bay untuk kepentingan peribadi....
    Fikirkan....
    Jangan terperanjat di zaman anak cucu kita akan ada sebuah lagi Singapura di Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas ulas banyak.. nanti ada bangsa marah.. silap2 ke dalam pulak kita nanti,hihi.. x caya boleh tanya bekas lawyer tu..

      Delete
  9. Tahniah. Orang asing boleh berniaga dah. Ikut kepala diorang nk wat apa pun. Orang asing diberi mimpi2. Kita jadi anak tiri. Satu hari nnt orang Kita akan dihalau. Akibat ketamakkan yg di atas. Sejarah mungkin berulang.

    ReplyDelete
  10. Menang sorak kampung tergadai..

    ReplyDelete
  11. johor..... another singapore to be.... akan hilang lagi sbuah negeri... jgn tergadai seluruh mesia sudah

    ReplyDelete
  12. Anak kecil main api
    Terbakar hatinya yang sepi
    Air mata darah bercampur keringat
    Bumi dipijak milik orang
    Nenek moyang kaya-raya
    Tergadai seluruh harta benda
    Akibat sengketa di antara kita
    Cinta lenyap di arus zaman
    Indahnya bumi kita
    Warisan berkurun lamanya
    Hasil mengalir ke tangan yang lain
    Kita kan merintih sendiri

    ReplyDelete
  13. Risaunya kalau betullah smpai 700,000 org china kat forest city tu..sultan johor x kisah ke...tmj diam je ke..abis lah kita dah le pendatang ramai ni nk tambah lg nk dekat sejuta org..masyaallah..x sayang negara ke pemimpin kita skg ni..duit bnyk2 nk bawak ke mana..subhanallah..

    ReplyDelete
  14. Bayangkan jk Forest City dibuat di penang oleh kerajaan DAP. Siang malam tv3 suku, utusan dan lebai2 malang akan meroyan sakan. Nak jual penang kpd China, cina akan perintah negara dan mcm2. Knp melayu mudah sgt diperbodohkan

    ReplyDelete
  15. Tak payah la nk condemn johor sgt. TNB tu johor punya ke kena jual kt China?

    ReplyDelete
  16. Sykt saya baru ditubuh barnama"Lancau Lajib"sdg cari partner utk buka ladang ternakan babi,disebabkan permintaan tinggi,daging gred A dikenali"babi kondo",gred B,dikenali "babi chibai".

    ReplyDelete
  17. Ya Allah!...Sampai begitu maruah dan kedaulatan negaraku tergadai. Digadai oleh manusia-manusia bergelar penguasa yang rakus,yang cinta dunia dan gila harta serta wang laba untuk kesenangan dan temboloknya sahaja...Habis satu persatu negeri dan tanahairku dijual kepada bangsa asing..Inilah Penguasa Melayu yang bodoh dan tidak memikir nasib anak-cucu-cucu kita dimasa hadapan....habis lebur Tanahairku gadai oleh manusia-manusia yang berstatus "menghabihkan boreh" ini.
    Sampai bila kita mahu membiarkan manusia-manusia "menghabihkan boreh" berleluasa...Terjang mereka-mereka ini dari puncak kuasa !

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Najib. Terima kasih Sultan Johor.

    ReplyDelete
  19. Asa kredi kredisi şirketi, kişisel işyerinizi başlatmanız için gereken her miktarı ödünç vermeye hazırdır. Aylık taksitte ev almak istiyorsanız% 3 faizle kredi veriyoruz, sizin için de ev satabiliriz. Bu yüzden tarımsal tarım kredisi için başvurun. Kredi almaya ihtiyacınız varsa, e-postamıza başvurun: asaloantransfer@gmail.com, ayrıca şu e-postayla da bağlantı kurabilirsiniz: finance_institute2015@outlook.com, Beklemediğiniz araba ya da ev onarımlarından ödemeler için ekstra bazı nakit paraya erişmenizin birçok nedeni olabilir Düğününüz veya özel bir tatiliniz. Ancak, bunun için ne gerekiyorsa, 5,000 USD ila 100,000 USD arasında ödünç aldığınızda.

    Şirket uzmanlığı.
    1)% 3 faiz oranı ile kredi veririz.
    2) Ayrıca seçtiğiniz herhangi bir yerden istediğiniz yere bir ev satın alabiliriz.

    ReplyDelete
  20. Yang dapat untung besar ialah mereka semua yang diatas sana, mereka ni akan tetap kata kebaikan untuk rakyat dan negara tapi sebenarnya poket mereka akan sarat penuh dengan wang tapi rakyat hidup makin susah dan dihambat keluar dari tanah tempat mereka tinggal !

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan