Rakyat malu mengaku datang dari Malaysia kerana PM pencuri

PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, rakyat Malaysia hari ini malu untuk mengaku datang dari Malaysia jika ditanya ketika berada di luar negara. 

Malah menurut bekas timbalan perdana menteri itu, rakyat Malaysia lebih sanggup mengaku berasal daripada Indonesia atau Brunei kerana malu mempunyai perdana menteri pencuri, perompak dan perasuah.


"Hari ini ada yang berkata kalau orang bertanya daripada mana, segan, malu, ada yang berkata saya datang daripada Indonesia sebab rupanya macam orang jawa, ada juga katanya daripada Brunei pasal rupanya melayu," katanya.

"Tak mahu nak mengaku jadi orang Melayu Malaysia kenapa malu, malu apa? Sebab perdana menteri kita pencuri, perompak, perasuah, bukan sedikit, Masya Allah, ribuan juta harta rakyat dikorbankan untuk diri sendiri," katanya lagi, membuatkan hadirin bersorak dan bertepuk tangan dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Amal PPBM Negeri Kelantan 26 Januari 2017.

Muhyiddin sebelum itu berkata, Rakyat Malaysia suatu masa dahulu jika ditanya oleh Orang Arab ketika membuat Umrah dan sebagainya, berasa bangga untuk mengaku berasal dari Malaysia.

"Di mana-mana sahaja ada orang kita keluar negara kalau waktu dahulu ditanya kamu datang daripada mana? Min aina jiqta ataupun di mana kamu datang itulah Bahasa Arab yang saya faham sedikit belum habis ditanya sudah jawab Malaysia ana min Malizia, saya daripada malaysia rasa bangga..." jelasnya.

Sumber — PPBM

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan