Sunday

RM2.6 billion dalam akaun Najib terbongkar di Mahkamah Singapura


SUMBER sebenar wang RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Nazak akan terbongkar secara rasmi tidak lama lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Singapura.


Ini kerana, pegawai bank yang didakwa terlibat mempermudahkan transaksi haram wang daripada 1MDB ke dalam akaun peribadi Najib kini sedang didakwa di Mahkamah Singapura.


Jens Fred Sturzenegger, 42 pegawai Falcon Private Bank Singapura dituduh dengan 16 tuduhan — 6 tuduhan 'membersihkan wang haram' dan 10 tuduhan memberikan maklumat palsu dalam siasatan pemindahan wang secara haram milik 1MDB.

Kertas-kertas pertuduhan dalam Mahkamah Singapura terhadap pegawai bank yang berasal dari Switzerland itu turut telah tersebar di laman sosial.

Dalam salah satu daripada 16 kertas pertuduhan yang dikenakan ke atas Sturzenegger, dia dituduh gagal atau ingkar untuk melaporkan transaksi wang berjumlah USD1.265 billion (RM5.66 billion) yang jelas sekali mencurigakan.

Mengikut kertas pertuduhan, wang itu telah dimasukkan ke dalam dua buah akaun Falcon Private Bank Singapore dengan nombor akaun 8550298001 dan 8550299001 pada tarikh 21 dan 25 Mac 2013.


Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, wang itu kemudiannya didakwa telah dipindahkan sebanyak USD681 juta (RM2.6 billion) ke dalam akaun Ambank peribadi milik Najib Nazak.

Satu demi satu bukti bakal terdedah, hanya masa yang akan mentukan.

Jika Najib masih mahu menggunakan hujah lapuk mengatakan semua ini fitnah terancang untuk menggulingkan pentadbirannya, maka beliau harus memasukkan mahkamah Singapura sebagai satu lagi pihak yang berkomplot mahu menggulingkannya.

27 comments

Mana mau lari haaaaaa...

o..o..o..nampak macam baik,macam betul,macam ..macam...tapi belum dibuktikan lagi...mana mau lari ha..

tak habis2 fitnah puak2 dajal..buat lah kerja yang berfaedah bukan cerita2 bodoh..bongoknya..

bicara belum tapi dah berandai2..kau ni sah penyamun politik..

penyokong umno dan pas sgt cemas dgn berita ini.

sprm sedang komitmen dan berlatih memburu perasuah jerung dan dinasour.

bila bn jatuh saja...sprm akn serbu raja2 jerung termasuk yg berserban

demi negara yg tercinta

Perkataan "didakwa"....siapa yg dakwa? Tak habis2 nak buat fitnah. Perkataan selepas ni mesti "dikaitkan" atau dalam bahasa inggeris "linked".

Tak caya tengok la. Tapi dalam perbicaraan tu nanti macam kes bsi singapore sepatah pun takkan sebut 1mdb, najib dsbnya.

Kita tahu ada kelemahan dalam pengurusan 1mdb. Ada lompong. Tapi itu bukan bermakna ada duit negara dirompak. 1mdb berhutang utk beli aset. Aset itu juga la dijual untuk bayar hutang.

Apa kebodoh sangat anjing kapiaq ni?

Kes pertuduhan ni sama seperti yang telah didedahkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ.

Maknanya apa yang didedahkan ini pengulangan sekaligus menguatkan dakwaan yang pernah disiarkan oleh Amerika.

Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dah berulang kali dedahkan benda ni, maknanya mereka memang ada maklumat sulit tentang kes yang berjalan dalam mahkamah Singapore...

Apalah nak jadi Malaysia ni...

hehehehehe......berginculer puas paus anjing..sebelum kau master tiap2 hari kena kira warden....kakkakakaka

Tu dia keris BN dah terhunus...ada sapa2 nak kena tikam..mai..lay masuk gelanggang..

minta mati pucuk mo1 skali 😀😀😀

orang islam malaysia haram berpmkan penyamun.

Najib ni kalau dia kena penjara atau kalah pru atau mati, dia tetap tak mampu nak bayar 2.6 billion dan hutang 1mdb yg mencecah 53 billion. Juga hutang yang baru dibuat dengan negara China 50 billon pun dia takkan mampu bayar.

So...pada aku lebih baik tuhan tarik je nyawa dia dari hidup menyusahkan cucu cicit kita. Mungkin malaikat aminkan doa aku malam ni.

Keris Berayon kalau nak jilat taik kat bontot najib pun agak2 laa, kau nak anjing kan org sebenarnya kau yg macam anjing kurap. Kau nak tau s'pore court ada sebut 1MDB ke tidak ...11hb ni kau pergi s'pore tengok sendiri perbicaraan tu. Tapi sialan macam kau akan cakap spore pun fitnah binatang bernama najib tuh KahKahKah.

dia boleh ditumbangkan ke ape... tak sabar nak tengok tegolek dok mamat nie tersungkur... mintak Allah swt cepatkan la proses tamat kejahatan mamat nie...

Cerita Ni fitnah dimesia saja.....di Singapore tidak......henti Makan dedak bro!

Lari masuk P*&tat badak......he3x

Bukan penyamun DA!.....itu derma ikhlas cina Penang Kerana kuat lawan DAP.....he3x takbir!

Keris berayon bodoh tu simpan utk anak cucu..jgn tunjukn semua kebodohan tu.

Keris berayon ko mmg mangkak hayon..

Kau mesti salah sorang diantara berjuta melayu umno yg duduk bawah tempurung atau tak pandai baca bahasa inggeris. Satu dunia dok heboh dia pura2 tak tahu. Krrrr krrrr krrr.....

Harap para strategis PH gunakan daya kreatif anda utk sebarkan berita ini dgn cara yg paling mudah difaham supaya 'pakcik dan makcik felda' dan semua org melayu yg sama waktu dgn mrk akan sedar betapa mrk telah ditipu oleh najib dan pengikut dia

Kes dan fakta dh masuk mahkamah...satu demi satu.. itu pon masih kata fitnah...macai2 saja tk ikuti prkembangan atau mmg bebal ?

Keris,
Kalau duit tu tak hilang, mana duit tu? Bank negara dah arahkan dulu agar duit di bawa balik? ada ke? masuk akaun najib ada le. sokong biar berpada keris. tak kan penyamun disebabkan dia PM nak kena sokong jugak. Jangan biar negara luar cakap rakyat malaysia bodoh pulak keris...

Keris,

Kes 1MDB ni dh hampir 3thun dh kecoh..startnya dgn portal sarawak report..ko x pelik ker apsal najib x saman fitnah jer whistle blower tu awal2 lg smpi dh menjatuhkan kredibiliti dia sbg PM Malaysia... kalau betul dia x terlibat...saman jerlah..keluarkan semua dlm court... tp yg aku nmpk sibuk duk transfer dan pecat penjawat awam termasuk gabenor BNM,AG dan top SPRM yg buat siasatan 1MDB..sekarang kes dh masuk Singapore dh pun ko masih nk percaya benda ni fitnah? Klu pakcik makcik kt dlm felda tu mungkin aku boleh terima x percaya benda2 mcm ni tp ko yg dpt access info dr pelbagai jenis media pun masih buta lg...mmg IQ kayu ko ni...ko x rase ker beban yg kita tggung hari2 makin teruk..GST,harga minyak naik,tol naik, subsidisi makin kurang,bajet universiti kurang...semuanya gara2 nk tmpung hutang tulah bodoh!!!..ko brgkali ikhlas bg duit ko kt Jho Low utk dia hidup mewah, byr duit kalah judi dia di Vegas...ada baik duit tu bina rumah anak2 yatim kt Msia ni.

Dia bukan pura2. Dia bangang kelas atas. Apa yg masuk court adalah fakta yg sahih bukan palsu.


EmoticonEmoticon