TMJ dedah Annuar Musa salahguna wang beli Porsche Panamera

"DULU masa Tun Dr Mahathir bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera."

Itu tulisan pada perenggan akhir kiriman halaman facebook Johor Southern Tigers, yang menyampaikan kenyataan rasmi Tunku Mahkota Johor, (TMJ) DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Tengku Ibrahim.


Kiriman itu menjadi viral kerana TMJ secara terbuka membayangkan bahawa Tan Sri Annuar Musa, telah menyalah gunakan wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk membeli sebuah kereta Porsche Panamera sedangkan duit itu dakwanya patut digunakan untuk kebaikan rakyat.

Aku nampak, dengan kapasitinya sebagai seorang anak raja, Tunku Ismail mempunyai akses kepada pelbagai skandal dan salah laku ahli politik Malaysia, terutama para pemimpin Umno. Jika mahu, satu persatu skandal boleh didedahkan bila tiba masanya.

Tan Sri Annuar Musa perlu jawab tuduhan ini, ia tuduhan yang serius kerana ia tuduhan melibatkan wang rakyat. Duit yang sepatutnya diberi kepada rakyat digunakan untuk kekayaan peribadi.

Aku percaya ahli Umno bawahan juga nak tahu, berapa banyak Tun Mahathir beri duit kepada Annuar Musa untuk tawan Kelantan? Berapa banyak yang dimanfaatkan untuk rakyat, dan berapa banyak yang beliau 'sakau' untuk kegunaan peribadi?

2 Comments

  1. Kah kah kah 2.6BILLION kali ganda..

    ReplyDelete
  2. Ingat gelaran tan sri dato datuk bagai tu hilang dengan sendirinya bila keris yang tajam cucuk di perut setiap ahli ahli politik bangsat ni Jahanam hak orang lain korang sapu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan