Saturday

Tun Mahathir nak sebut nama Najib tersasul sebut Dato' Seri Anwar


DALAM laporan Buletin Utama TV3, aku tak pasti bila tarikhnya sebab aku pun dapat daripada whatsapp. Tun Mahathir nak sebut nama Najib untuk membidas beberapa pemimpin PAS, tetapi dua kali tersasul sebut nama Datuk Seri Anwar.




SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Kita dapati bahawa ramai daripada ahli-ahli PAS ini, pemimpin-pemimpin PAS, yang nampak memilih untuk sabotaj usaha nak ada kerjasama dengan parti PAS. Mereka membuat serangan-serangan terhadap terutamanya diri saya."

"Bagi orang ini, Zuhdi dan beberapa orang lagi bagi mereka ini saya ni lebih buruk daripada Datuk Seri Anwar, mereka tidak serang Datuk Seri Anwar..." kata Tun Mahathir.

Beliau bagaimanapun segera meminta maaf selepas ditegur oleh seseorang yang berada bersamanya ketika itu. Lantas membetulkan ayatnya dan menukar nama Datuk Seri Anwar kepada Datuk Seri Najib.

"Ya Datuk Seri Najib, sorry sorry..." Kata Tun Mahathir sambil mengangkat kedua-dua tangannya sebagai isyarat memohon maaf.

Di bawah ini video rakaman yang dimaksudkan.



Bayangkan sudah berpuluh tahun Tun Mahathir bermusuh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap kali mengadakan sidang media atau disoal wartawan beliau sering mengecam atau mengkritik Anwar.

Nama Anwar Ibrahim tentu sudah sebati dalam fikirannya, mengutuk Anwar Ibrahim sudah jadi 'script' yang tersimpan dalam kepala, jadi jika tidak berhati-hati memang mudah tersasul.

Tapi sekarang mereka sudah berbaik-baik semula demi untuk menyelamatkan Malaysia daripada Najib Nazak  pemimpin yang terkenal seluruh dunia sebagai pemimpin kleptokrat (pemimpin perompak/ pemimpin kelepet).

3 comments

kadang-kadang memang tak dapat dielakkan sesuatu yang kita sangka telah di rancang dengan sebegitu rapi dalam usaha untuk menunjukkan 'kelebihan' kita tapi maha suci Allah telah menentukan betapa lemahnya kita

This is understandable...18 tahun bermusuh dgn Anwar Ibrahim dan familinya.Jadi beliau ambil masa nak re-tune...Apa pun memang kelakar reaksi Tun Dr M, bila menyedari kesilapannya


EmoticonEmoticon