AirAsia pun tumpang sekaki perli buku tulisan Fattah Amin

SEJAK semalam kecoh dengan buku tulisan pelakon Suri Hati Mr Pilot, Fattah Amin. Berulang kali aku nampak orang share iklan buku tersebut di media sosial.

Aku ni sebenarnya tak pernah peduli pun kisah artis-artis Malaysia ni, tapi bila isu tu jadi terlalu menular (viral), maka orang macam aku yang tak peduli ni pun secara tak sengaja ambil tahu.

Difahamkan orang ramai terutamanya 'haters' tak henti-henti mengutuk buku tersebut. Dakwa mereka, buku yang bertajuk 99 Kata-kata Fattah Amin itu, hanya dipenuhi dengan gambar selfie, dan ungkapan entah apa-apa dari Fattah.

Selain itu harga buku itu juga mahal tak masuk akal. Senaskah termasuk pos dijual pada harga RM58 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM65 untuk Sabah dan Sarawak. Bagi aku memang layak jugalah kena kutuk.

Di bawah ini sebahagian kandungan buku itu yang sedang menular di laman sosial dan jadi bahan kutuk dan kritikan netizen.


Cuma aku rasa lucu, bila Syarikat Penerbangan tambang murah AirAsia pun nampaknya tumpang sekaki perli buku tersebut.

"Dulu selalu berangan nak naik kapal terbang dan nak bayar flight kurang daripada RM50. Ternyata kini telah termakbul hahaa.. kelakar kan," tulis AirAsia di laman twitter rasmi syarikat itu.



Semasa tulisan ini disiapkan, tweet tersebut menerima lebih 10k retweet dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut di twitter.

Nampaknya memang sudah jadi trend bila ada isu yang viral, syarikat-syarikat seperti AirAsia dan lain-lain akan menggunakan isu tersebut untuk menularkan profile laman sosial mereka bagi mendapat kan 'organic reach' yang luar biasa dan percuma.

11 Comments

  1. jadi pilot pun setakat heret beg sana sini kat epottt..kelakar kan??

    ReplyDelete
  2. HAHAHA....PILOT DALAM MIMPI..NAK JD PILOT TAP MGUNKIN KERANA TAK MENCUKUPI SYARAT SO DLM MIMPI PUN OK..WAKAKAK

    ReplyDelete
  3. tu lar lady..selalu gak guna flight...lalu epot2 yg ada..KLIA..KLIA2...SZB...x penah pun nampak pilot dok bercinta kat epot...

    ReplyDelete
  4. Nama pun lakonan. Biasa la lakon2 becinta kat epot tu

    ReplyDelete
  5. Cari duit halal bro.
    90 juta kali lebih baik drp ambik dedak 90 jota sembunyi2.

    Kan3

    ReplyDelete
  6. Hari2 kena kelentong dgn si Ajib..kelakar kan...ha5

    ReplyDelete
  7. Olamak dunia pun makan dedak pun kelakar jugak ke? Kan kan kan..! kah kah kah.

    ReplyDelete
  8. http://opocotko.blogspot.my/2017/02/tiada-rakyat-malaysia-cedera-serangan.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Good day
    Private Trust loan, we give loans at low interest rate 0f 1.5%. Private Trust loan is the best solution for your business. We provide a variety of loans

    * Personnel loans (secured and unsecured)
    * Business loans (secured and unsecured)
    * Consolidation Loan
    * Car Loan
    * Home Improvement Loans
    * Automotive / Medical / Student Loans
    * Debt consolidation loan

    Thank you for taking the time to read this ad.
    For more information and inquiries, send us e-mail to today privatetrustloan@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Good day
    Private Trust loan, we give loans at low interest rate 0f 1.5%. Private Trust loan is the best solution for your business. We provide a variety of loans

    * Personnel loans (secured and unsecured)
    * Business loans (secured and unsecured)
    * Consolidation Loan
    * Car Loan
    * Home Improvement Loans
    * Automotive / Medical / Student Loans
    * Debt consolidation loan

    Thank you for taking the time to read this ad.
    For more information and inquiries, send us e-mail to today privatetrustloan@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Ohhh sayang, sungguh sempurna, tiada yang lain, ku mahu...
    sambutlah cintaku ini, ku impi bersama denganmu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan