Tuesday

Berhentikan penjawat awam sekarang atau jadi seperti Greece


BEKAS Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dipetik sebagai berkata adalah berbaloi untuk kerajaan memberhentikan kakitangan awam sekarang daripada menunggu sehingga negara terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece.



"Walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," katanya.

Dakwanya lagi, pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga merupakan satu pendekatan yang positif bagi membolehkan mereka diberi pampasan yang adil.

Beliau dilaporkan berkata demikian pada forum tadbir urus ekonomi yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara semalam. — Malaysiakini

The Star turut memetik kenyataan beliau sebagai berkata:

"Birokrasi kerajaan sudah menjadi begitu besar, ia bukan sahaja mengambil terlalu banyak sumber, tapi juga mewujudkan banyak kegagalan di dalam ekonomi kewangan kita,"

Mohd Sheriff turut mengambil contoh kepada tindakan penstrukturan semula Malaysia Airlines baru-baru ini di mana 6,000 orang telah diberhentikan. 

Dakwanya, adalah baik untuk memberhentikan pekerja sekarang dan memberikan mereka pampasan dengan pakej pemberhentian sementara kerajaan masih mampu melakukannya.

Pandangan beliau ini nampaknya begitu senada dengan isu yang ditimbulkan oleh Nazir Razak, adik kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Menulis di instagram miliknya, Nazir sebelum ini membayangkan bahawa penjawat awam Malaysia yang terlalu ramai akan membebankan negara.

Beliau menggesa masaalah itu segera ditangani bagi mengelakkan generasi masa depan terpaksa mananggung beban.



Apa yang aku boleh simpulkan daripada perkara ini ialah, kerajaan pimpinan Najib Razak kini sedang menghadapi masalah kewangan untuk menanggung gaji serta pencen kakitangan awam seluruh negara.

Tidak lama lagi sudah pasti pemberhentian kakitangan awam akan dibuat secara berperingkat. 

Namun sebelum itu, pelbagai forum, wacana dan perbincangan akan dibuat bagi melihat reaksi rakyat khususnya penjawat awam. Modus operandi seperti ini sudah kita lihat sebelum ini, contohnya ketika kerajaan Najib mahu melaksanakan GST.

Good luck rakyat Malaysia!

19 comments

Eh suka hati jer nak memberhantikan kakitaangan awam..per kata anda orang tua yang patut mati awal!!!!!! so berkurangan ler orang tua x berguna seperti anda...

Abg dia yg buat hutang dgn pengubahan wang haram atas nama IMDB rakyat kakitangan awam pulak yg nak disalahkan. Patutnya abg dia dulu letak jawatan dan di pecat sbb pengubahsn wang haram dan hurang sehingga penjawat awam menjadi mangsa.

Tan sri ni time dia dulu la yg sibok naikkn pencen smpi 60. Patutnya dari dulu dia berambus bg peluang org muda. Dh pencen dia plak sibuk calculate. Masa dia jd ksu senyap.

MO1 sdg mencari alasan nak berentikan orang..jd dia gunakan orang tua sbg mukadimmah...nnt akan ada org lain yang sambut..jd atas suara2 mereka ni yg kunun pakar...akan dijadikan alasan MO1 berhentikan kakitangan awam kecuali diri dia

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...



Pandangan saya kerajaan eloklah kaji semula tempoh pencen kakitangan awam dari 60 tahun kembali semula ke 56 atau 58 tahun sahaja.Ini akan memgurangkan beban kewangan kerajaan serta memberi peluang kepada generasi muda menabur khidmat bakti kepada negara.Opsyen kepada kakitangan awam perlu dibuat segera sebelum krisis kewangan menjadi lebih parah....

kenapa sebut jadi mcm greece... ckp ajela negara ke arah bangkrup..

takut kena tangkap ke. kurangkn kktgn tidak mmbantu negara xjd greece.. keberhutangan yg tidak dapat dibayar punca negara blh bankrup.

selama ni bayar gaji kktgn guna duit hutang ke. apa ke jadah negara urus ekonomi mcm ni.

so utk elak jd greece punca masalah perlu dihapuskn.

dn tan sri kena mulakn dulu dgn diri sendiri.. jgn ambik pencen mulai bulan ini... bukan ada sumbngan apapun dah pencen.

jgn tau nk zalimi rakyat bawahan saja. hukum islam ajar pemimpin atasan perlu mulakn dulu berkorban..baru rakyat bawahan.

dh gadai semua aset masih takut jd greece lg ke.. mana pergi hasil gadaian

Muka macam mamak padukang je aku tengok.. auta, bodek, cucuk.. tipikal padukang.. kah kah kah

Tan Sri Mohd Sheriff ni Otai lama, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, yang takk kenal jgn ckp byk, time tu korang tgh main konda-kondi lgi. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kalau tak kenal, tak tau nak ckp apa, beliau adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan sekarang. Tu la asyik byk tgk drama lagi...

Dia dah nak mampus.dah tua.kita yg dok bela anak ni dan mak ayah mcm mana ?
Ketirisan dlm kerajaan kaw sgt.bersepah dlm berita dan surat khabar.lgpun masa jpa nak amik staff.dah kira sampai pencen.klu x mampu,amik staff sementara sahaja. Klu berhentikan level bos2 aku setuju. Depa ni elok di rehatkan.tanggungan dah tiada.kerja mengarah org sahaja. Paperwork haram x sentuh.nak tunjuk hebat suruh kita buat paper tu balik bukan sbb salah. Sbb x kena dgn mood dia.

Otai tak otai..rasa dulu pun mmg dah ramai kakitgn awam..tp time tu orang tua nie tak byk ckp..now orang tua nie nak membebel coz zaman sekrang semua otai - otai tua nak kaut makan untuk kepentingan mereka..kerajaan dah tak der duit nak byr semua projek - projek kerajaan yang mereka kaut..nak salahkan kakitangan awam dengan berdrama greece...

Yang BODOH dan BANGANG...orang2 politik...penjawat awam pulak jadi mangsa...haaa geram dah...aku nih...

PIEM kan perkerja..kakitangan awam..berhentilan dia dulu lerrrrrrrrrr...itu pun nak kena ajar ke.....kakkakakakaka

krgkan balik umur persaraan tu...biar org muda buat kerja pulak...korg je nk kerja sampai mampos ke camner?...berapa juta yang xkerja? nak meniaga dgn ekonomi skrg? cakap boleh lah...xpuas lagi ke korup sana sini?? haaa...menteri2 tu gaji tu tgk juta2...buat jadah apa?spatutnya negara sumber kaya ni rakyat sejahtera pun kaya raya... otak dah lemau dengan dedak...

Penjawat Awam dan kakitangan kerajaan jadi tak efektif sebab ramai orang tua dalam tu, yang nak bersara tak dibernarkan bersara, umur persaraan dinaikkan. Itulah sebabnya...

Negara2 tu banyak menswastakan perkhidmatan awamnya. Kalau nak kurangkan, lakukan penswastaan. Bukan kekalkan perkhidmatan sedia ada dengan mengurangkan manpower bagi sesetengah jabatan misalnya sektor Kesihatan. Tapi rakyat kena ingat, siapa yang akan menanggung semua ini? Rakyat. Bersediakah anda untuk ke klinik kesihatan terdekat di kawasan anda dengan membayar caj penuh bukan lagi RM1.

setuju. boleh tak nk bagi cadangan nama? ada ramai pekerja kerajaan yg malas buat amanah diberikan, tapi sempat buat part time luar macam wiring, kedai komputer, jual kain, kuih, katering dsb. waktu ofis guna utk tgk video atau makan2... amanah diberikan akan di pass pada staff yg bukan geng2 sendiri. bila ditanya, "gaji korang byk, kerja lebih sikit takkan tak boleh?"

orang macam ni, kita boleh bagi peluang jadikan part time tu sbgai full time dia.

Itulh sumbangan UMNO kpd org melayu.majoriti kakitangan awam org melayu..itupon msih ado org Melyu yg NGOK n Tolol sokong pakatan haram jadah..septutnya kakitgn awm yg sokong kerajaan diberhentikan kerja.kerana puak2 ni selalu sabotaj kerajaan..mcm dasar kerajaan akan berjaya?mereka ini umpama virus yg cukup berbahaya..kerajaan yg diketuai UMNO antara terbaik dunia namun kdg Kala anda perlu bertegas..selagi and a membantu rakyat Insyallah tahun dpn menang besar..

Jika anda ingin tahu ke 6 jenis taruhan bola tersebut anda bisa melihatnya dibawah ini yang akan disebutkan satu persatu
Dan tentunya ke 6 jenis taruhan bola tersebut bisa menjadi referensi anda untuk memilih taruhan bola online yang tepat dan sesuai dengan kemampuan diri anda
Judi bola over/under, Judi Bola odd even, Judi bola handicap, Judi bola mix parlay, Judi bola outright
Untuk mengetahui kelanjutan nya anda bisa Menghubungi / Bertanya dengan kami di sini https://goo.gl/jcyA2r
HP: +6281377055002
BBM: D1A1E6DF
YM: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
WECHAT ID: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
TERIMA KASIH..


EmoticonEmoticon