Tuesday

Gergasi minyak Arab Saudi, Aramco beli 50 peratus saham Petronas dalam Rapid Pengerang


SALAH satu sebab utama lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia akhirnya terbongkar apabila lawatan itu dilaporkan telah membawa kepada penjualan 50% pegangan dalam projek penapisan dan petrokimia yang dimiliki oleh Petronas yang berjumlah US$7 bilion (RM31.10 bilion).



Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco dilapor akan membeli sebanyak 50 peratus saham aset-aset dan usahasama terpilih dalam projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor.

Reuters melaporkan, majlis kerjasama menandatangani perjanjian itu secara rasmi disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Sumber — Reuters

Tun Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, ada pemimpin negara asing datang ke Malaysia, bukan atas dasar persahabatan tetapi kerana sesuatu yang diberikan oleh perdana menteri kepada mereka.

Meskipun tidak menyebut nama pemimpin berkenaan, Tun Mahathir dipercayai merujuk kepada kedatangan Raja Arab Saudi, Raja Salman bersama delegasi 600 anggota yang terdiri daripada kerabat diraja dan jemaah menteri dari negara berkenaan.

"Kita tahu sebab-sebab yang orang asing membuat lawatan ke Malaysia. Saya tak perlu nak sebut di sini, tapi mereka datang bukan kerana persahabatan tapi kerana ada sesuatu yang najib boleh bagi kepada mereka," kata Tun Mahathir dalam ceramah anjuran BERSATU di Sungai Buloh.

"Inilah sebabnya mereka berada di sini," katanya lagi.

2 comments

Kurang ajo masuk rumah org buat iklan maksiat

Assalamualaikum, sekadar nak bertanya... ada sesiapa tak yang bawa surat* derma dari Arab dan tunjuk pada Raja Salman untuk sahkan sama ada surat itu betul atau tidak?

*surat--> http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2016/03/12524361_10209081101770469_1490326943600249527_n.jpg


EmoticonEmoticon