Saturday

Harga minyak naik Februari 2017 dan putar belit menipu rakyat


DUA hari lalu harga minyak bagi bulan Febuari 2017 untuk RON95, dan RON97 naik sebanyak RM0.20 per liter manakala harga diesel meningkat sebanyak RM0.10 per liter sekaligus menjadi harga minyak paling tinggi sejak diapungkan bermula 1 Disember 2014 telah menimbulkan kemarahan rakyat.


Mana tidaknya, peratus peningkatan harga minyak, RON95, RON97 dan Diesel masing-masing adalah 9.5%, 8.3% dan 4.9% sedangkan harga minyak mentah dunia dilihat mengalami peratus penurunan sebanyak 2.46% sepanjang bulan Januari 2017.

Rujuk jadual di bawah. (Brent Oil Futures Historical Data)


Pada 21 November 2014, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan berkata, 

"Jika harga minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," — bharian.com.my


Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri sendiri. Bahawa harga runcit RON95 dan diesel ditetapkan mengikut harga pasaran minyak mentah dunia. (Harga RON97 memang dari dulu ikut pasaran harga minyak mentah dunia).

Tapi bila kenaikan harga minyak bulan Febuari 2017 tidak selari dengan harga minyak mentah dunia, dan perkara itu menerima kritikan hebat daripada rakyat, tiba-tiba muncul satu pasukan entah dari mana, menggelarkan diri mereka sebagai Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (pasukan putar belit BN) menukar cara penentuan harga minyak.

Dakwa mereka harga minyak negara ini ditetapkan oleh  harga minyak bertapis pula.


Sekejap kata harga minyak ditetap berdasarkan harga minyak mentah, sekarang kata berdasarkan harga minyak bertapis. 

Kesimpulannya, harga minyak di Malaysia bukan ditetapkan oleh kedua-dua faktor di atas.

Sebaliknya ditetapkan ikut "SUKA".

6 comments

Kerja Komunikasi Strategik BN ni bukan untuk beritahu rakyat kebenaran, tapi tugas mereka ialah 'back up' kerajaan dengan apa cara sekali pun. Tugas mereka menipu rakyat untuk jaga nama baik BN.

negara ini milik rakyat,harta dan hasil negara adalah milik rakyat,5thn sekali rakyat lantik org2 dikalangan mereka utk uruskan semua,siapa rakyat tu??? kita semua lah.kita lah boss sabenar pm,menteri,dan yg saumpamanya,
sabagai boss,kita bolih tamatkan perkhidmatan mereka yg tidak amanah,tidak bertugas dgn jujur,tengok apa yg telah dia org buat pada kita yg bagi dia org kerja,gaji besar,mmg tak mengenang budi,jadi cari dan ganti pekerja baru dlm musim akan dtg,ingat kita ada lah boss mereka..

Kenapa bukan menteri yang jawab? Kenapa parti politik yang menjawab?

Nk tanyalah...X cukup ke Ngan kutip GST dan pelbagai cukai..Kenapa rakyat yg nk tanggung dek ketamakan yg d lakukan..X cukup harta yg d ambil atas penderitaan rakyat yg tanggung..Xpalah.Akhirat tu pasti ada..Maka jwblah d hdpn Allah nanti...Kami rakyat marhaen ibarat kais pagi makan pagi kais ptg byr GST..

Harapnya PRU nanti semua rakyat malaysia kena buktikan yg kita semua menentang GST dan segala kenaikan harga minyak, barang, ketirisan dlm pntdbiran... Jgn je smpai nak PRU, diberi 'saguhati', terus lupa segalanya... Meh kita semua buktikan!

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





EmoticonEmoticon