Ibu MB Selangor, Che Tom meninggal dunia

IBU kepada Menteri Besar Selangor, Hajjah Che Tom menghembuskan nafas terakhir pada jam 2:14 pagi tadi, difahamkan Allahyarhamah sebelum ini diserang sakit angin akhmar.

Dato' Seri Mohamed Azmin turut mengiringi jenazah bonda beliau untuk diuruskan di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak. Solat jenazah dijadualkan akan berlangsung selepas solat Subuh sebelum dibawa ke Kampong Klang Gate.


Menurut twitter rasmi MB Selangor, jenazah bonda beliau dijangka akan tiba di Kampung Klang Gate pada jam 9 pagi dan majlis pengebumian bakal disempurnakan sekitar jam 11 pagi nanti.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

1 Comments

  1. Takziah kepada keluarga Menteri Besar Selangor. Semoga Allahyarhamah bersama golongan orang yg beriman dan beramal soleh. Al fatihah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan