Jumlah penjawat awam 1.6 juta punca hasil negara turun kata menteri

JUMLAH penjawat awam yang sudah membengkak kepada angka 1.6 juta telah menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat setiap tahun, sekaligus mengakibatkan penurunan hasil negara, dakwa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Dakwanya, jumlah Penjawat Awam Malaysia adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi negara sekaligus menjadikan Malaysia memiliki nisbah penjawat awam paling besar di dalam dunia dengan kadar satu penjawat awam bagi setiap 19.37 orang (1 : 19.37) lapor Borneo Post.


"Ketika saya mula-mula menyertai kabinet, negara menghadapi pelbagai dilema, harga minyak yang tidak menentu telah menyebabkan hasil kerajaan menurun, ringgit menyusut, kos sara hidup tinggi, dan kontroversi politik, telah membuatkan tugas saya lebih mencabar.

"Satu daripada isu-isu yang kita mesti tangani ialah peningkatan kos operasi dan perbelanjaan kerajaan.

"Contohnya, kita mempunyai kira-kira 1.6 juta penjawat awam, yang mana merupakan nisbah kakitangan awam paling besar di dunia," kata Johari kepada The Oriental Daily pada 30 Januari.

Menurutnya, berdasarkan populasi terkini negara memiliki sebanyak 31 juta rakyat, nisbahnya adalah satu kakitangan awam berbanding 19.37 orang rakyat.

Berdasarkan kepada laporan-laporan, nisbah kakitangan kerajaan berbanding populasi negara di negara-negara lain seperti Singapura adalah 1 nisbah 71.4 orang, Indonesia (1 : 110), Korea (1 : 50), China (1 : 108), Jepun (1 : 128),  Rusia (1 : 84) dan United Kingdom (1 : 118).



"Dalam tahun 2003, bayaran kepada kakitangan awam berjumlah RM22 bilion, namun ia telah meningkat kepada RM74 bilion pada tahun 2016. Pada tahun 2003, bayaran pencen kepada penjawat awam ialah RM5.9 bilion, dan pada tahun 2016 jumlahnya melambung kepada RM19 bilion," dakwa beliau.

Menurut Johari lagi, dalam tahun-tahun akan datang, jumlah tersebut akan terus meningkatkan, akibatnya pendapatan negara akan terus menyusut.

"Lebih-lebih lagi, hasil-hasil daripada kelapa sawit dan industri gas asli, yang sebelum ini memberikan keuntungan sekitar RM65 bilion pada tahun 2014, telah jatuh merudum kepada RM30 bilion dalam tahun 2016," dakwanya.

Adik Perdana Menteri, Nazir Razak memuji tindakan Johari kerana membincangkan secara terbuka perkara ini yang disifatkan sebagai 'cabaran besar kepada negara'.


Menurut laporan Borneo Post, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berpendapat perdana menteri harus menangani isu tersebut kerana ia merupakan kepentingan negara.

"Dalam jangka masa panjang, kita memerlukan pelabur-pelabur dan komuniti perniagaan untuk mengembangkan ekonomi kita. Kita juga memerlukan lebih banyak pelabur asing supaya sektor swasta menjadi majikan utama untuk negara di masa hadapan," katanya.

29 Comments

  1. asyik - asyik salah semuanyer kakitgn awam...the fact is dimana sebenarnya nak kurangkan kakitgn awam supaya kos semua ke pembyrn projek - projek yang dibolot oleh menteri dan kroni mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hasil negara bukan punca hasil negara turun. Tapi budaya songlap buat negara bankrap.

      Nak tutup kelemahan, mula-mula salah kan Cina Dap, lepas tu kasi salah kakitangan awam yang undi kerajaan..

      Delete
  2. Kami pegawai kerajaanlah memungut hasil negara siang dan malam untuk memajukan negara. Tetapi yang mengabiskan wang negara adalah orang-orang politik yang korupt dan mencuri duit rakyat. Menteri bodoh dan fikiran jumud sahaja yang berpendapat penjawat awam perlu dikurangkan.

    ReplyDelete
  3. rasanya kabinet menteri pun besar di tambah dgn pengerusi pengerusi glc suk 1 sampai 10 mcm cilaka la gaji mereka lagi besar bahlol

    ReplyDelete
  4. Saya setuju utk pengurangan penjawat awam. Tp yg pangkat atas2 tu yg dah tak relevan. Gaji mereka terlalu tinggu utk menjadi macai pak menteri. Jumlah pak menteri pon kene dikurangkan.

    ReplyDelete
  5. MO1 yang rembat duit..kakitangan awam yang disalahkan..duit KWAP untuk orang pencen pun dirembat..tanya Menteri tu..bila 1MDB nak pulangkan balik duit KWAP tu...

    ReplyDelete
  6. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...



    ReplyDelete
  7. aku saspek gini: betuike berjuta warga cina nak masuk mesia pastu dpt ic pulak.. kalau betul patutla skg kerajaan kata penjawat awam beban. sbb ramai penjawat awam yg dah tak sokong bn jadi depa tak diperlukan lagi. skg ni target warga china la pulak...

    ReplyDelete
  8. Hahaha... nie lah menteri malaysia... kurangkan jumlah menteri atau kementerian dulu.. jgn salahkan penjawat awam...

    ReplyDelete
  9. Di Spore pencen sudah di hapuskan sjak1975, diganti dgn sistem CPF hingga ke hari tua, pencen cara kolonial British, atas nama kenang jasa, tpi mmbebani negara. Malaysia perlu tingkatkan productiviti sector awam dan kurangkan jumlahnya, memang painful, tpi must be realistik.

    ReplyDelete
  10. Sebelum di persalahkan jumlah kakitangan awam ambil kira dulu jumlah menteri dan timbalan menteri dan nisbah berbanding rakyat.Terutama mesti di tangani kebocoran di pelbagai peringkat di setiap kementerian terutama JPM.Pengurangan budget kenterian pendidikan dan universiti2 akan menjejaskan kualiti pelajaran di Malaysia.

    ReplyDelete
  11. bukan kah penjawat awam diguna utk menjamin kemenangan pemerentah dlm PRU saja ?.menteri & tim.pun yg teramai didunia,ntah apa kerja pun ta'tau lah.tak caye pegilah tengok di mana mana jabatan kerajaan ,ada ketua Pengarah,Tim.KP 1,Tim.KP2,ada yg satu paku buat kerja filing je.ada kakitangan rendah tak dtg kerja berbulan ,gaji jalan,sampai nama masuk paper dijemput balik bertugas,ada yg punch card saja,pastu balik berniaga ,bertahun gaji buta,yg penchen pula ..tengok lah..semua duit pembayar cukai yg menyara mereka.

    ReplyDelete
  12. Ckp kt aku gaji metri brapa seorng ngn nisbah seorng pejwab awam kcik je gaji kuli2 bwh ni oiiii ...

    ReplyDelete
  13. Kenapa kita teruskan skim pencen? Sistem KWSP sudah ada. Pakai la itu untuk kakitangan awam sekali, mungkin dengan beberapa perbaikan yang tidak membebankan kewangan negara.

    ReplyDelete
  14. Memang pun Malaysia bloated dgn penjawat awam. Contoh, University dipenuhi dgn pensyarah yg bergaji besar dgn gelaran profesor & profesor madya, tapi otak tak gah dan berbahasa Inggeris dgn kompetensi yg rendah. Ada yg sudah pencen dan jalan pun tidak teratur tapi masih mahu meneruskan kontrak mengajar di Universiti. Universiti yg paling ramai pensyarah kontrak ialah Universiti """"""""

    ReplyDelete
  15. Turunkan gaji pegawai Jusa. Yang 52, 53, & 54 cukup terlatih dan banyak membuat perancangan penting.

    ReplyDelete
  16. [facepalm] Ni le jenih manusia yg tak tahu & tak paham pasal polisi, tapi sebok nak komen pasal dasar kerajaan. Kalau ikut data employment, nisbah pekerja kerajaan kepada populasi kat UK sebenarnya 1:12.

    Total public and private sector employment in United Kingdom.
    There were 5.44 million people employed in the public sector for September 2016:
    - 17.1% of people in employment worked in the public sector
    - 82.9% worked in the private sector.

    from Office for National Statistics, UK.

    ReplyDelete
  17. Gaji kami ni besar mana sgt lah...xkan gst dah 2 tahun xleh nak tampung lg...sbb tu nk sgt bg brim..cb tukar kpd zakat ke..dpt jgk pahala..ni yg kaya ada jgk dpt brim..spatutnya bantu yg betul2 memerlukan...kecewa sgt...

    ReplyDelete
  18. Swasta kan aje pada Negara China Merah kerja tu semua. Negara tu jenis kominis geng baik punya. Tak caya tanya Mau Hu Tang pengerusi Republik of Potato.. kah kah kah

    ReplyDelete
  19. Kalau semak balik jawatan pegawai bagi setiap menteri dan timbalan menteri pun ramai tu dari Setiausaha sulitnya dan setpol serta pegawai khas lain yg dilantiknya.......

    ReplyDelete
  20. Kena buang syrikat syarikat konsesi yg bnyk menghabiskan duit kera jaan...bnyak sngat konsesi ....cth...yg dok buat maintenance bangunan bngunan kera jaan...bg balik kepada jkr ...la untk maintenance...kenpa nk swasta kan...pekerja jkr pun bukan buat kerja sngat pun...

    ReplyDelete
  21. Sepatutnya gaji p.m dan menteri menteri kabinet dikurangkan...sebab mereka gaji mereka 10 keatas..ini di tambah dengan elauan keraian,elauan minyak,elauan transport keluar negara dan di dalam negara,dan macam macam elauan lagi...sepatutnya mereka lebih perihatin tentang gaji penjawat awam yang di peringkat bawahan yang lebih rendah, berbanding gaji mereka yang jauh lebih tinggi...dan di tambahkan lagi dengan kenaikan minyak, gst dan macam macam cukai lagi, ini membebankan penjawat awam dan rakyat..tetapi tidak menjadi bebanan kepada P.M dan menteri menteri kabinet..kerana gaji mereka besar.

    ReplyDelete
  22. Sembang surupa taik... jilat abis la... malas nk.sembang pasal gaji... beban rakyat ni makin teruk disebabkan menteri2 camni ler...

    ReplyDelete
  23. Daripada analisis mendapati kos bayaran gaji dan imbuhan kepada semua ahli parlimen hingga ke jawatan Perdana Menteri punca hasil negara menurun secara drastik. Mereka ini sebenarnya memiskinkan negara dan menjahanamkan ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Lagi satu menteri IQ Zero. Negara ini mempunyai menteri teramai dalam dunia ke penjawat awam yang teramai???

    ReplyDelete
  25. Kenapa cakap macam tu kantong dah kering nak bayar gaji ?

    ReplyDelete
  26. Kakitangan awam ramai xjadi masalah..kalau gaji yang ats2 mcm menteri badut tu puluh2 ribu tapi otak xlepas IQ budak tadika yg maslah skrg..yang bawah kerje berpeluh ketiak gaji xsmpai 3k.Nk harapkan swasta kepala otak die.Swasta nk survive mcm mne ekonomi skrg mcm celaka..

    ReplyDelete
  27. Fakta atas tu macam tak betul.

    Baguslah ramai pekerja melayu dalam gomen, menteri menteri melayu,Hangpa slalu jer nak salahkan menteri kita makan duit, baik hangpa amik serius ekonomi hangpa sendiri. Yang memerintah, menguruskan dan pengkuatkuasa smua orang2 kite kot.


    Golongan orang kita jer memang hebat untuk urus negara. Hangpa tak lihat kat sekiling kite ke? yang berjaya smua orang melayu kite jer.

    Lihatlah sekolah sekolah bijak pandai specialist untuk melayu mrsm lah asrama penuhlah pun banyak melahirkan golongan bisnesman melayu yang global. hangpa tengok taikon2 smua melayu. tengok kat pekan hangpa sendiri, tengok kulompo .. bangsa lain jadi pekerja kita ,smua kita kontrol kot.

    bangsa lain macam cine dan india depa memang suke dan beria nak keje dengan gomen, sebab dari turun temurun kot.Hang tanya mak bapak depa atau orang kampung depa , keje mane yang murni? belajaq tinggi2 jadi biaq jadi kulibat. keje chileks, senang buat loan pastu tunggu pencen. chileq sudah malaysia ni bangsa cine dan india punyer. bangsa melayu bangsa pendatang. biaqlah melayu kerja keras.

    sorry komen ni telah di hack.

    ReplyDelete
  28. Tukar gomen pun, lg drastik kena kurang...mana macai2 komen sebelum ni? sila la komen. ke dah mampus?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan