Friday

Keputusan STPM 2016 akan diumumkan pada 28 Februari 2017


KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 akan mula dikeluarkan pada 28 Februari 2017. Semua calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12:00 tengah hari.



Manakala bagi calon-calon persendirian individu, anda akan memperolehi keputusan melalui kiriman pos. 

Cara menyemak keputusan STPM 2016 melalui SMS

Cara lain, calon boleh juga menyemak keputusan mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT <Jarak> <No Kad Pengenalan> dan hantarkan ke nombor 15888.

Cara menyemak keputusan STPM 2016 di atas talian (secara online)

Bagi semakan atas talian (online) anda boleh terus melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia melalui pautan berikut, mulai jam 12:00 tengahari pada tarikh yang disebutkan di atas.


Pada peperiksaan STPM tahun 2016, seramai 433, 325 orang calon telah hadir menduduki peperiksaan di 730 panduan pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 42, 845 orang (99.10%) merupakan calon sekolah kerajaan, manakala 264 (0.61%) adalah calon daripada sekolah swasta, dan bakinya 114 (0.26%) dan 12 (0.03%) masing-masing merupakan calon persendirian individu dan sekolah kerajaan negeri.

Sumber — Majlis Peperiksaan Malaysia


EmoticonEmoticon