Tuesday

Lelaki mengaku anak buah Jamal mahu cukur kepala TMJ


VIDEO rakaman seorang lelaki  yang mahu mencukur kepala Tenku Mahkota Johor, TMJ menular (viral) di laman sosial facebook apabila menerima lebih 5,800 perkongsian sejak dimuat naik hanya kira-kira 14 jam yang lalu (semasa artikel ini ditulis).


Dalam video yang dipercayai dirakam di tempat letak kereta Tesco itu, lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai 'Mat KL', dalam loghat Kelantan berkata dia mahu memarahi TMJ kerana menuduh 'tan srinya' melarikan duit MARA.


SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

"Nama sayo Mat KL, sayo nok maroh ko TMJ ni malam ni, pasal TMJ dia tuduh tan sri ambo, dia kata tan sri ambo wat lari pitih MARA, (Nama saya Mat KL, Saya nak marah TMJ malam ni, pasal TMJ tuduh tan sri saya bawa lari duit MARA,) katanya.

Berdasarkan isu semasa, dipercayai lelaki ini marah kepada Tengku Mahkota Johor, Tenku Ismail Sultan Ibrahim kerana sebelum ini mendedahkan dokumen berkaitan salah laku Tan Sri Annuar Musa yang didakwa menyalahgunakan wang MARA dan UniKL.


Lelaki ini mengugut akan mencukur kepala TMJ jadi seperti kepala 'tok cha' (Tok Sami) jika berjumpa dengannya.

"Mu jangan wi jumpo dengan aku TMJ, jumpo denga aku, aku cukur kepalo mu, aku wak seghupo nga tok cha," (kau jangan sampai jumpa dengan aku TMJ, kalau jumpa aku cukur kepala kau, aku buat serupa macam tok sami,) ugutnya.

Dia yang mengaku sebagai samseng anak buah Datuk Jamal, turut memberi amaran supaya TMJ beringat, bahawa dia adalah panglima perang dan mengaku sebagai keturunan berdarah panglima merah.

"Ha mu jangan buak samseng ni daghoh panglima meghoh, beringak sikik, panglima peghe, duo paku ni, duo paku, kang aku cukur kepalo mu TMJ ha gedebe, aku oghe gedebe TMJ! Anak buah datuk Jamal," Katanya dengan bongkak," (Kau jangan buat samseng, ini darah panglima merah, beringat sikit, panglima perang, dia paku ni dia paku, nanti aku cukur kepala kau, ha samseng aku ni samseng TMJ! Anak buah Datuk Jamal,) tegasnya.

Video itu mengundang reaksi marah warga media sosial yang menyifatkan lelaki ini sebagai kurang ajar dan biadap. Orang ramai turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.

Segelintir pula mendakwa, lelaki ini seorang yang kurang siuman dan 'gila glamour' sejak lahir, dia dikatakan sanggup melakukan aksi-aksi merapu kerana menerima wang daripada pemimpin politik tertentu.


Segelintir warga maya menggesa orang yang merakam video diambil tindakan kerana mempergunakan lelaki kurang siuman tersebut sekaligus menganiaya dirinya.

Di bawah ini video rakaman tersebut, sila klik untuk menonton.


12 comments

Ada yang ajar dia ni kalau tidak dia takkan kutuk TMJ, nampak orang yang rakam tu saja pergunakan dia.

Layan org xsehat ngan kita2 jd xsehat... yg media pun amik kesempatan nak up cite.. hihihihi

Ni mamat baju merah yg doakn kehadiran jamal jamban masa perhimpunan bersih 19hb baru2nie... hahahaha... https://youtu.be/zksNbMXRCD8

KahkahKah ini macam ke genster2 Jamal Jamban. Serupa macam ketua dia jugak KahKahKah IQ tahap monyet je.

saya cukup tak gemar sikap memperalatkan orang lain (lebih-lebih lagi yang dalam kategori OKU cam gini ) saya lebih suka kalau orang yang merakam tu di tangkap dan di siasat siapa yang mengupah diorang. Teruk sangat penyakit penyokong Jamal Jamban ni (tapi budak yang kasi warning kat TMJ tu orang kelantan kan ?)

kesian sungguh tengok anak muda melayu macam ni,kurang pelajaran dan ugama,mabok dadah dan air ketom,di peralat kan pemimpin yg rakus demi sadikit upah buat menampung ketagih,bangsa asing menabur duit yg menghakis daulah bangsa melayu,maruah bangsa ,melayu makin layu ,lembik,bangsa melayu bermakna "bangsa lari"

dia ni ore panggil Mat Tereh..atau Mat Ketereh..dok ketereh..mmg agak tak betul...walau tak betul..pengikut tegar annuar musa/..boleh kata setiap majlis annuar dia ada..tp..bak kata org lar..tak yah dilayan org gila ni..kalau dilayan kita pun jd gila..heheheh

TMJ patut tangkap orang yang buat video tu.
Kemudian cucur kepala dia serupa macam tok sami.
Kah... kah... kah...

Maaf tersilaplah.
Cukur bukan cucur.

Senang saja nak tau siapa pembuat video.
Bagi sikit duit kat Mamat tak betul tu.
Nanti semua terbongkar...

Seksa sungguh kita dibuatnya. Nak tonton astro rancangngan apa sekali pun, kena tengok dan dengar pompuan gemok pakai tiara berleter loghat kelantan. Cuba tonton rancangan lain kena tengok dan dengar telor separuh masak berleter bahasa kelantan juga. Yang gila tp same2 nak gelemor pun cakap kelantan juga. Aduss.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





EmoticonEmoticon