Sunday

Mat Tere tidak bersalah, jadi mangsa agenda politik pihak atasan — TMJ


"Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah, dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik," itu tulisan terbaru dalam satu kenyataan media lidah rasmi Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) di halaman facebook Johor Southern Tiger.


Tunku Mahkota Johor, hari ini dikatakan telah hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Johor untuk memberi titah membebaskan 'Mat Tere' yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman kerana mengugut mahu mencukur dan membotakkan kepala TMJ dalam satu rakaman video yang viral di facebook sebelum ini.


Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis, 29 dipercayai seorang yang mengalami masalah mental dilapor ditahan oleh pihak polis di depan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bahru Kelantan pada 8 Februari lalu.

Penahanannya dibuat selepas aduan diterima oleh polis Johor berhubung penyebaran satu rakaman video melalui facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelek terhadap TMJ. 

Perintah reman selama 3 hari bermula dari hari Khamis lepas yang dikenakan terhadapnya, tamat semalam dan ia sepatutnya dilanjutkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan media mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima titah untuk membebaskan Mat Tere.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, Tunku Ismail meminta agar pihak polis dapat menggunakan kaedah budi bicara supaya tidak meneruskan siasatan kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.


"Polis mendapati suspek dalam kes ini dipergunakan oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu persekitaran yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat," katanya.

1 comments so far

CERITA KISAH SUKSES DARI SAYA

Sumpah demi allah ini kisah cerita nyata saya...

Assalamu Alaikum wr-wb, Saya IBU RAHAYU seorang TKW dari malaysia. Mohon maaf mengganggu waktu dan aktifitas ibu/bpk, saya cuma bisa menyampaikan melalui pesan singkat dan semoga bermanfaat, Saya sangat berterima kasih banyak kpd MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel yang beliau berikan kemaren untuk 4D , kini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang di tulis oleh orang2 tentang MBAH WIRANG di internet termasuk pak zahid hamidi itu semuanya benar benar terbukti dan saya adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau,saya tidak pernah menyangka kalau saya sudah bisa kembali sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan beliau, Bagi anda yang butuh nomer togel silahkan waps +628234'666'7564 Mbah Wirang...



Salam nak JOHOR




EmoticonEmoticon