Thursday

Rakyat Johor mengeluh bil air SAJ naik lebih dua kali ganda


RAMAI pengguna air yang melanggan dengan Syarikat Air Johor, SAJ mengeluh dengan peningkatan mendadak sehingga lebih dua kali ganda caj bulanan terbaru yang dikenakan dalam bil air mereka.


Difahamkan SAJ telah mula melaksanakan deposit baru bekalan air kepada semua pelanggan-pelanggannya di negeri Johor mengakibatkan peningkatan mendadak bayaran bil apabila kadar deposit baharu itu dimasukkan ke dalam caj bil terkini pengguna.

Sudahlah rakyat tertekan dengan peningkatan kos hidup kesan perlaksanaan GST, peningkatan harga petrol, dan kejatuhan matawang, kini rakyat negeri Johor ditambah lagi dengan beban peningkatan caj mendadak bil air.

Perkara itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial facebook. Pelbagai rungutan dan keluhan boleh kita lihat.


Ramai pengguna yang terkejut mempersoalkan  mengapa berlaku peningkatan mendadak caj dalam bil terkini mereka yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.


Bagi segelintir mereka yang lebih proaktif, ada yang sudah pergi sendiri ke pejabat SAJ untuk mendapatkan penjelasan berkenaan hal tersebut. 


Tetapi bila sampai di Pejabat SAJ, kakitangan yang bertugas hanya menyuruh pengguna untuk membayar sahaja jumlah bil yang dikenakan.


Banyak lagi rungutan demi rungutan boleh dilihat di laman sosial. Kalau aku nak masukkan di sini memang tak larat. Beratus, mungkin beribu status-status facebook yang mengadu tentang hal ini.


Tidak kurang yang sudah 'naik angin' bertindak melepaskan geram memaki hamun SAJ.

Aku memang kasihan dengan nasib penduduk Negeri Johor yang dibebani dengan masalah terbaru ini. 

Tapi apa boleh buat, bayar sajalah, kalau tak bayar air kena potong pula. Isu rakyat seperti ini memang tidak akan masuk dalam laporan berita arus perdana kawalan BN (Barang Naik) seperti TV3, TV1 dan TV2.

Isu rakyat yang selalu diketengahkan hanya isu yang melibatkan negeri-negeri diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri Johor, kubu kuat BN, rakyat terbeban ke, tergolek ke, selagi belum ada yang bergelimpangan mati tepi jalan, isu seperti ini tak akan dipedulikan oleh kerajaan.

Sebab itu aku selalu kata "pembangkang kuat rakyat untung" kerana jika kerajaan BN  kuat, seperti di Johor isu dan masaalah rakyat mereka buat tak peduli, kerana yakin rakyat akan undi mereka lagi.

Teruskanlah mengundi BN untuk dapat lebih banyak beban di masa hadapan.

17 comments

Dalam situasi dibebani oleh keperitan ekonomi, SAJ memintas jalan mudah menaikkan harga air berganda dari takrif sebelum ini. Dah tentu menyusahkan rakyat kerana ditambah dengan pelbagai kenaikan kos yang tak sepadan dengan taraf hidup semasa. Kerajaan barisan nasional di Johor tak kan tak peka langsung! Apakah SAJ ni institusi niaga atau sengaja cari untung lebih. Maka haramlah jadinya dengan perolehan yang tidak direstui ini. Fikir-fikirlah wahai SAJ dan kakitangan semua, bunting angin nanti kerana dek sumber haram.

Kebanyakan Rakyat Johor adalah Penyokong Totok parti Ketuanan Melayu Umngok.tak Heran lah Depa ni mudah DiKENCINGKAN. Depa Tetap Undi UMNgok/Bn.Air yg Murah KERAjaan Johor jual kat ChinA SingapurA.Tanah pulak diJUAL kat CHINA TONGSANG hehehe

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...




Aku bukan nak komen banyak la. boleh tunjuk full statement bil tu tak? coz nak tau gak jumlah penggunaan. Setakat ni bil bulan2 aku kat Muar ni maintain je. tak de pun sampai double. ntah2 pengguna tu sendiri guna air double quantity kot

Bil untuk bulan lepas pun tak jauh beza coz penggunaan agak sama. Malah kat sini setiap bulan SAJ cuci tangki utama, kat tempat negeri lain pernah cuci tangki tu tak? jadi tak perlulah viral benda yang tak berapa betul. kerani SAJ yg kat kaunter tu perlulah sensitif dan jawab permasalahan, tindakan macam tu (minta bayar je) buatkan orang sakit hati.

Eleh2
Sikit ja naik pun
itupun nak mengeluh
Takkan airpun nak bg subsidi lagi
Subsidi yg kerajaan telah bagi lebih banyak berbanding dgn bakti yg kau org buat pada kerajaan
Kenang budi la sikit.
Naik sikitpun nak mengeluh.

Apa budi kejaan sekarang?
Semua bayor beb.
Gst lagi.
Tak ada free

Cuba buka mata besar sikit kat jumlah penggunaan. Dulu 1 meter padu berapa. Skrg brapa. Tgk bayaran naik tak.

Ngok betol ko ni

Skrg apa brg ada subsidi.
Cuba cerita.
Jet kejaan aja free skang ni

Kalau bil biasa xbanyak, bayar je lebih sikit. Tak payah bayar habis. Lama2 habisla.

kamarul ghazali bil air dia 20 sen aje.Guna jamban awam.Bil air dirumah dia bapa dia bayar.

Pihak operator air telah menyiapkan kajian dan pengiraan semula deposit perkhidmatan air, sebagaimana Peraturan 4 - Kajian Semula Deposit, di bawah Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014.

Deposit baru dikenakan, samada menaik atau menurun - dan subjek pada had kadar deposit minima, mengikut kategori akaun (premis).

Deposit baru dikira semula = purata penggunaan air sebulan 2016 x 2 x kadar tarif air negeri berkenaan.

Tertakluk pada beberapa peraturan dan kadar tertentu.

Samada tarif naik atau deposit yg naik, kena tengok mmolek ruangan dlm bil tu, biar jelas. Dari segi lojik, takdop sapo berani naikan tarif di kala negara sedang countdown ke arah PRU14.

Bayar lebih sikit pun berkira ka.
KEMUT betul.

Alo admin dah ss kadi edit la molek... Buat kje jgn sekerat2 kang kne cubit pusat kang... Malu la den.. Huhuhu.. Tq admin kadi pemes..bukan nak.marah tp pk la 2posen naik pon huru hara... Ni tetibe ade caj deposit tambahan plak ai...hebahkan le.. Ajo kami ngire...bukan susah...mmg nak tak nak kne bayo tp kalau pakse2 je dah mcm peragut dah...kan?

Saya tolong fahamkan kepada yang tidak faham

1. Tengok deposit klu rm 200
Bil bulanan rm 100 x tmbh deposit
2. Deposit rm 50
Bil bulanan rm 100 kena tambah deposit sebnyk rm 150
3. Deposit rm 100
Bil bulanan rm 100 kena tambah deposit sbnyk rm 100

Harap membantu.

Ada ke sewa rumah rm 300/bulan bayar deposit rm 50 akai ada ka?? (O)

kat malaysia jer byr kene deposit bekali-kali...


EmoticonEmoticon