Warga emas minta bantuan sekolah kena halau dengan MB Terengganu

SEORANG warga emas berusia 62 tahun yang mahu meminta bantuan persekolahan, mendakwa telah dihalau dari rumah Menteri Besar Terengganu. Video rakaman pengakuannya menular (viral) di laman sosial Facebook.


SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Warga emas yang memakai vest dan berlatar belakang bendera Barisan Nasional (BN) itu diminta menceritakan semula kejadian yang berlaku di rumah MB Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif sementara pengakuannya dirakam. 

Memperkenalkan dirinya sebagai Mohd Osman Bin Awang dan berumur 62 tahun, dia mendakwa telah melarikan diri kerana dihambat ketika mahu meminta bantuan persekolahan di rumah Ahmad Razif.

"Cuba pok ceritakan sikitlah, pok pergi mintok bantuan di rumah Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Razif," pinta seorang lelaki dalam video yang mahu warga emas itu menceritakan kejadian tersebut.

"Saya minta bantuan Dato Seri Ahmad Razif, bantuan anak sekolah, lepas tu dia masuk, dia perambat (halau), hambat saya pun lari," dakwanya.

"Masa tu ramai tak orang yang mintok bantuan?" Tanya lelaki itu lagi.

"Ada dalam 10 orang," jawabnya yang kemudian menjelaskan bahawa gilirannya adalah yang ketiga.

Sila klik play pada video di bawah untuk menonton video pengakuan warga emas tersebut.



Nampaknya menjadi penyokong tegar Barisan Nasional pun bukan jaminan untuk anda dilayan dengan baik oleh seorang menteri besar Barisan Nasional.

Kepada siapa pun tak kiralah Menteri Besar BN atau Pakatan Harapan, apa lagi PAS. Jangan pandang hina orang susah dan miskin. 

Mereka datang mungkin dalam keadaan selekeh, dipandang hina, tapi merekalah penentu jawatan kamu untuk duduk di kerusi empuk pentadbiran kerajaan negeri.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan