Betis wanita koyak terkena kepingan besi tepi escalator (video)

SATU lagi kemalangan berkaitan 'escalator' (tangga bergerak) dikatakan berlaku di Sunway Pyramid semalam, seorang wanita mengalami cedera teruk, terkoyak di bahagian betis akibat dikelar oleh kepingan besi yang longgar di tepi escalator berkenaan.



SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Video kejadian tersebut tersebar di media sosial, dapat dilihat keadaan cebisan daging terjuntai di betis wanita tersebut akibat kecederaan yang dialami.

Difahamkan wanita berkenaan tidak sedar ada bahagian kepingan besi di tepi kiri 'escalator' yang digunakan terjulur keluar. Kaki kirinya telah tersangkut pada kepingan besi tersebut ketika tangga membawanya bergerak ke bawah menuruni tangga sekaligus mencederakannya.

Pengawal keselamatan yang bertugas segera hadir memberikan bantuan sejurus menyedari kejadian berlaku. Wanita terbabit kemudiannya dibawa menggunakan kerusi roda sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulan yang dihubungi oleh pihak Sunway Pyramid.

Berikut video yang dimaksudkan, sila klik button play untuk menonton.




Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan