Saturday

Harga siling minyak akan diumumkan setiap minggu mulai April 2017


HARGA siling minyak akan diumumkan setiap minggu bermula pada bulan April depan kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Katanya, penetapan harga siling minyak akan diumumkan pada hari Isnin atau Sabtu setiap minggu berbanding sekarang di mana harganya diumumkan sekali dalam sebulan. Dakwanya lagi ini membolehkan pengguna untuk mengetahui harga terkini bagi mengelakkan kekeliruan.



"Secara realiti, apa yang dilakukan oleh saya dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah untuk memastikan orang ramai tahu apa yang telah ditetapkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia," katanya.

"Terpulang kepada setiap peniaga stesen minyak untuk bekerjasama dengan persatuan dan memastikan tidak ada yang tertinggal dengan konsep yang mahu kita laksanakan," tambahnya lagi

Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Larut dilapor berkata demikian kepada wartawan pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Baru.

Menjelaskan lebih lanjut, Hamzah berkata, satu notis pemberitahuan tentang harga siling minyak akan diletakkan di semua stesen-stesen minyak seluruh negara bagi membolehkan para pengguna mengetahui kadar naik turun harga minyak.

Ditanya mengenai permintaan Persatuan Pengusaha Minyak Perak kepada kerajaan agar tidak mengenakan mekanisma harga siling, menurut Hamzah kementeriannya telah mengadakan perbincangan tentang perkara itu pada hari Jumaat.

"Mereka minta sedikit tambahan dari aspek margin (keuntungan) yang telah diberikan kepada mereka.

"Pihak kerajaan akan mempertimbangkan permintaan mereka di dalam membuat keputusan sama ada bersetuju atau pun tidak," tambahnya lagi.

7 comments

This comment has been removed by the author.

Assalamualaikum wbt. Alangkah baiknya jika harga siling minyak diumumkan secara harian. Dengan cara itu pendapatan negara kita lebih tinggi dan rakyatnya lebih makmur. Setuju?

Walaikumsalam.

Maaf. Saya tak setuju. Lebih baik harga siling diumumkan setiap jam..

Barulah pendapatan negara kita lebih makmur.

Terima kasih. Cadangan Saudara Dedauncomel lebih menarik. Jika cadangan itu menampakkan hasilnya, kita pakat minta pihak yang berkenaan mengumumkan harga siling minyak setengah jam sekali pula.

Tk setuju persecond baru nampak kejayaan hakiki..

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





semua cadangan tak best, apa kata diumumkan 5 minit sekali, maka dalam sejam, harga minyak akan meningkat 12 kali!


EmoticonEmoticon