Malaysia arah duta Korea Utara tinggalkan negara dalam 48 jam

DUTA Korea Utara, Kang Chol dilapor telah diistiharkan sebagai 'persona non grata' (orang yang tidak dikehendaki) di Malaysia dan diarah meninggalkan negara dalam masa 48 jam.


Kang Chol, sebelum ini telah diminta untuk hadir di wisma putra di Putrajaya, namun beliau gagal untuk menghadirkan diri.

Menteri Luar dilapor telah menghantar satu nota diplomatik kepada Kedutaan Korea Utara di Jalan Datai, Bukit Damansara untuk memaklumkan kepada Kang Chol berhubung keputusan itu.

Kerajaan Malaysia telah meminta satu permohonan maaf bertulis daripada Korea Utara atas tuduhan yang dibuat oleh kedutaan negara itu terhadap pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur 2 (KLIA 2) pada 13 Februari lalu.

Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia itu rentetan ketegangan diplomatik di antara kedua-dua negara berhubung pembunuhan tersebut.

1 Comments

  1. Adakah skrip yang sama digunakan daro dulu sampai sekarang? Gula lebih murah berbanding negara asia yang lain, sedangkan kita ini rakyat Malaysia dan tinggal di Malaysia tidak pun ingin menetap di negara asia yang lain. Kenapa alasan lebih murah berbanding negara lain pula diketengahkan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan