Friday

Malaysia tangga ke 5 dunia paling banyak aliran keluar wang haram


NEGARA Malaysia hanyalah sebuah negara kecil, bagaikan habuk dalam peta dunia. Namun negara kecil ini terkenal di persada antarabangsa kerana berada di tangga ke lima pengaliran wang haram paling besar di dunia.


Perkara itu disahkan oleh badan pemantau Global Financial Integrity dalam laporan terkininya yang mendedahkan bahawa aliran keluar wang haram Malaysia menyebabkan negara ini kehilangan jumlah terkumpul US$418.542 bilion (RM1.86 trilion) dari tahun 2004 hingga 2014.


Malah pada tahun 2013 sahaja Malaysia sudah kehilangan sejumlah US$48.25 bilion (RM214.66 bilion). Punca aliran keluar wang haram itu pula dilaporkan daripada pengelakan cukai, jenayah, rasuah, dan aktiviti-aktiviti haram.

Kalau kita lihat, jumlah pengaliran wang haram yang merugikan negara ini untuk tahun 2013 sahaja sudah lebih 5 kali ganda jumlahnya berbanding cukai GST yang dikutip oleh kerajaan pada tahun 2016, iaitu jumlah kutipan melebihi sasaran sebanyak RM41.2 bilion.

Jika kerajaan pimpinan Najib serius me mbanteras pengaliran keluar wang haram, rakyat Malaysia tak perlu menanggung beban untuk bayar GST setiap hari.

4 comments

Taugeh, taugeh, taugeh.

Tak seriuslah nampaknya blog ini kerana membenarkan "iklan" macam di atas.

"Trade misinvoicing is the primary measurable means for shifting funds out of developing countries illicitly. Average of 83.4 percent of illicit financial outflows were due to the fraudulent misinvoicing of trade."

-Illicit Financial Flows from developing countries:2004-2013;Dec 2015; by Kar D. , Spanjers J.-

Katakan jumlah aliran keluar wang haram dari tahun 2014-2016 ialah USD150 billion

418,542+150,000=568,542 billion
568,542 billion x 4.45=RM2.53 TRILLION

Apa kita boleh buat dengan RM2.53 trillion dikembalikan kpd kita? Mungkin rakyat dikecualikan bayar income tax, road tax, tol free, bil api/air free, tambang pengangkutan awam murah, harga kereta murah, harga petrol+diesel murah, pendidikan percuma sampai tahap universiti, takde gst dan lain2.

Oh ya tentu sekali pihak PIBG sekolah tak kan mintak ibubapa/penjaga derma 1 rim kertas A4 kerana peruntukan kewangan diberikan secukupnya kepada sekolah dan keputusan SPM tidak akan ditunda kerana masalah wang ganti mesin OMR yg rosak.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...






EmoticonEmoticon