Wednesday

Warga emas jatuh terduduk tak tahan lama berbaris ambil BR1M


SEORANG warga emas dikatakan jatuh terduduk depan BSN Teluk Intan kerana kakinya tak tahan terlalu lama berdiri dan berbaris bagi mendapatkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M.



Perkara itu disuarakan oleh ADUN Changkat Jering, Perak Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin menerusi akaun twitter miliknya.

"Depan BSN Teluk Intan, orang ini terjatuh kerana sangat lama berbaris tunggu BR1M. Kenapa dera rakyat emas ini?" Soal Nizar.


Tindakan kerajaan pimpinan Najib Razak mengagihkan BR1M kali ini, iaitu melalui pemberian baucar menerima kutukan orang ramai kerana langkah itu jelas sekali sangat menyusahkan rakyat, terutama golongan uzur dan warga emas.

Sebelum ini tiada masalah pun BR1M dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima, namun gara-gara sudah dekat pilihanraya, Barisan Nasional (BN) nampaknya sengaja menyusahkan rakyat untuk mengambil baucar BR1M di dalam program anjuran BN atau pejabat-pejabat berkaitan parti itu bagi meraih keuntungan politik.

BN menyuruh penerima mendengar ceramah politik terlebih dahulu sebelum menerima baucar BR1M daripada ahli-ahli politik BN (Barang Naik).


Malah ramai warga emas dan golongan yang uzur disuruh mengambil BR1M di lokasi yang sangat jauh, berpuluh malah beratus kilometer dari tempat tinggal penerima.

Contohnya sebelum ini ada dilaporkan seorang wanita warga emas yang tinggal di Setiawan Perak diminta untuk mengambil baucer brim di Ipoh yang jaraknya kira-kira 80 kilometer dari tempat tinggalnya.

Selain itu, Chan Gan seorang warga emas berusia 73 tahun menerima notis dari parti komponen BN, MCA bahagian Ipoh Timur yang memintanya untuk mengambil baucer BRIM di Dewan Tow Boh Keong pada pukul 9 pagi 17 Mac 2017.

Warga emas  ini perlu mengambil bas dan melalui perjalanan yang lama untuk ke dewan berkenaan.

Nak sampai ke tempat pengagihan BR1M pun begitu susah, apa lagi nak berdiri dan berbaris. 

"Nak berdiri pun susah, kamu mahu saya beratur?" soalnya.

6 comments

Kalau Najib kata pemberian BR1M takde unsur politik utk pancing undi, diminta Najib buktikan keikhlasan kerajaan bantu rakyat dgn membatalkan pemberian baucer BRIM di Ipoh dan Perlis. Tak payah bagi baucer...masuk terus dlm akaun spt biasa kan senang.

Masih sempat suruh UMNO/MCA Perak dan Perlis batalkan hasrat tersebut. Elok2 duit BR1M masuk akaun, tiba2 suruh kita orang ambik baucer pulak. Menyusahkan orang aje. Kesiankanlah golongan warga emas dan uzur.

Diminta jika korang semua setuju dgn cadangan saya...sila viralkan kat facebook, twitter, sms dan whatsapp. Jika komplen sampai kat Najib...mana tahu pemberian baucer mungkin dibatalkan dgn ambik kira kesusahan yg dialami oleh warga emas.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Aku tak tau nak kata apa dah. TAK BERHATI PERUT CELAKA PUNYA BINATANG. BIAR MAK BAPA KAMU PULA DIPERBUAT MCM TU, INSYAALLAH!

memang pu..m..k punya pemimpin BN ni,tergamak buat mcmtu pada rakyat wargatua pulak tu,seksanya rakyat,hilang rasa hormat,hilang kemanusiaan,hati bertukar jadi hati binatang sebab nak terus berkuasa,wahai rakyat malaysia,sedar lah,jangan tertipu lagi,bangunnnn!!!!!
...

BR1M bermaksud "Bayaran rasuah 1 Malaysia". Nak sangkal macam mana lagi.Di beri ..ambik...tak mesti pangkah BN/UMNO..

ermmmmm.....undilah UMNO @ BN LAGI YE....
padan muka komeeeee.....


EmoticonEmoticon