Anak Hadi Awang Ketua Pemuda PAS yang baru, menang tanpa bertanding

Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak lelaki kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan kini sah sebagai Ketua Pemuda PAS yang baru selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.


Muhammad Khalil mengambil alih jawatan itu daripada penyandangnya sebelum ini Nik Abduh Nik Aziz berkuatkuasa mulai 18 April 2017.

Pegawai informasi parti, Mohd Shahrir Abu Hassan dilapor memaklumkan bahawa Khairil Nizam Khiruddin akan bertugas sebagai timbalannya.

"Naib ketua pula ialah Ahmad Fadhli Shaari dan jawatankuasa pusat pemuda akan dibentuk terdiri daripada 14 orang ahli,"

"Kesemua mereka menang tanpa bertanding oleh itu tidak akan ada sebarang pemilihan ataupun pengundian ketika Muktamar PAS kali ke 63 nanti," katanya.

Muktamar PAS akan diadakan mulai 29 April sehingga 1 Mei di Alor Setar Kedah. Hadi dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man mengekalkan kedudukan tanpa bertanding.

11 Comments

  1. Pan dah bertanding ke?
    Dap bertanding..tapi x sah lagi...aishhh
    Contoh rahnatang and kleptokrasi terbaik dr adik dan abg

    ReplyDelete
  2. Chai dah keluar ka? Chai mana chai

    ReplyDelete
  3. Alumni Dublin Estate18 April 2017 at 22:01

    Aikk? Dulu dok kutuk kata DAP parti ank beranak..

    ReplyDelete
  4. kalu dari 1969 sampai sekarang muka sama...xyah borak la

    ReplyDelete
  5. Lepas ni lantik ding ayang jd naib presideng. Boleh jadi Parti Anakberanak Sekeluarga!

    ReplyDelete
  6. Maka kukuhla kdudukan Hadi. Senyum kambing la Takiyudin Razman Amar Abdoh dn Zuhdi... Taaatapi blum tentu menang PRU...

    ReplyDelete
  7. Yang pasti x bersedia sokong Hadi ni spt Idris Iskandar dn grassroot pas.

    ReplyDelete
  8. Aku bukan xsuka pas tapi aku xsuka pimpinan pas yg mudah menuduh org tu kafir, org ni munafik, mati kat kubur jirat.
    Aku yakin Allah Maha Kaya dn akn pulangkn balik pd mereka yg mengkafirkn org lain.
    Dulu ada pimpinan pas buat camtu...la ni puak yg dkatakn kafir tu sudah jadi kwn sedondon...kwn sekapal... kwn berckp....

    ReplyDelete
  9. Syabas Khalil kerana berjaya meneruskan kelangsungan penguasaan keluarga Ustaz Hadi di dalam Pas!

    ReplyDelete
  10. hurm...mmg nampak dah jadi parti anak beranak dah ni..

    ReplyDelete
  11. Halo, saya Nyonya Christy Morris, pemberi pinjaman pribadi memberikan kesempatan pinjaman seumur hidup. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda dengan segera atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan komersial Anda? Apakah Anda telah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan finansial, yang memiliki utang macet atau butuh uang untuk membayar tagihan, kami memberikan pinjaman dengan bunga rendah 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang dapat dipercaya dan diuntungkan dan akan bersedia menawarkan Anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: (christymorrisloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan