Sunday

Peter Chong pembantu Ahli Parlimen Subang pula hilang


SEBELUM ini heboh dengan cerita dan laporan tentang kehilangan beberapa individu. Kali ini difahamkan pembantu kepada Ahli Parlimen Subang bernama Peter Chong pula dikatakan hilang sejak dua hari lalu.


Keluarga beliau dikatakan telah cuba untuk menghubunginya sejak dua hari lalu namun tidak berjaya. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang di mana Peter Chong berada diminta untuk menghubungi anaknya yang bernama Darryl Chong di nombor telefon 0128500526.


Apa yang menjadi persoalan ialah, sebuah tulisan di facebook miliknya sebelum ini membayangkan seolah-olah memberi petanda bahawa dia memang bakal dihilangkan. 

Dalam tulisan yang bertarikh 31 Mac 2017 itu Peter Chong mendakwa mengalami satu pengalaman pelik pada hari itu, sehingga membuatkan dirinya berasa pelik dan bimbang.

Berikut tulisan tersebut.

"Pengalaman ganjil pagi ini

Saya sedang berjalan untuk bersarapan pagi ke sebuah warung yang selalu saya kunjungi. Seorang pemuda menunggang motosikal menghampiri saya lalu bertanya jika saya tinggal di kawasan tersebut. Saya tanya semula kepadanya kenapa?

Dia kata dia kenal saya dan dia tahu saya nak pergi ke himpunan protes dan nyalaan lilin. Saya tanya dia dari mana? Saya rasa bimbang apabila saya memerhatikan sekeliling tiada sesiapa.

Katanya dia sokong  apa yang saya lakukan, katanya tapi "perlu hati-hati..." sekarang banyak orang tiba-tiba hilang. Mereka semua tahu di mana orang tinggal.

Saya tanya, mereka itu siapa? Dia cuma kata pandai-pandailah, jaga diri dan terus berlalu pergi.

Pelik tak?" tulis Peter Chong melalui akaun facbook miliknya.


Semoga tidak ada sebarang perkara buruk berlaku kepada beliau.

4 comments

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





aduh.. hilang lagi.. mesti susah nak jumpa jugak ni..

Pi Siam lagi baik....kah kah

Beliau telah selamat kembali ke Malaysia. Namun pendedahan bahawa beliau telah diculik ketika di Thailand amat membimbangkan. Diharap pihak berkuasa dapat menyelesaikan segera kes-kes orang hilang.


EmoticonEmoticon