Friday

Blogger Umno dedah penipuan Cabutan Bertuah Umno di Stadium Bukit Jalil


RUPA-RUPANYA berlaku penipuan di dalam penganjuran Cabutan Bertuah di Stadium Bukit Jalil semalam yang dianjurkan bagi 'mengumpan' ahli-ahli Umno supaya hadir beramai-ramai ke Perhimpunan 71 Tahun Umno itu.



Perkara itu didedahkan oleh salah seorang blogger veteran Umno, melalui laman facebook miliknya Azmi Ibrahim.


Difahamkan, antara syarat-syarat kelayakan untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan itu ialah WAJIB HADIR KE STADIUM BUKIT JALIL, kerana cabutan melalui undian akan DILAKUKAN DI DALAM STADIUM BUKIT JALIL.

Namun rupa-rupanya, nama-nama pemenang bagi hadiah-hadiah lumayan cabutan bertuah berupa kereta Proton Perdana Accord dan juga motorsikal Modenas, didakwa sudah berada dalam simpanan penganjur sejak dua hari awal.

Perkara ini sekaligus menjawab persoalan ramai ahli-ahli Umno yang hadir di Stadium Bukit Jalil semalam, tentang mengapa tiada cabutan bertuah dijalankan dalam stadium?


Azmi turut mendedahkan sekeping gambar senarai nama-nama pemenang cabutan bertuah lengkap dengan butiran diri termasuk nombor kad pengenalan, nombor telefon dan juga nombor ahli Umno.

Gambar ini seterusnya menjadi viral di media sosial sekaligus menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Antara yang menarik perhatian ialah status Ahli Parlimen Bukit Katil, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kiriman di facebook rasminya turut menyindir tentang penipuan itu.


"P/S: Cabutan bertuah jenis apa ni, dua hari awal sudah ada nama pemenang?" soalnya dalam nada menyindir.

Kalau kita lihat nampaknya hanya kroni-kroni pimpinan atasan Umno sahaja yang berjaya menerima hadiah lumayan cabutan bertuah tersebut.

Penyokong dan ahli Umno bawahan cukuplah setakat dapat dengar amanat Presiden Umno selain dibekalkan dengan RM50. Tidak termasuk ramai mahasiswa UiTM yang diperdaya dan dipaksa hadir ke himpunan tersebut bagi mendapatkan markah kehadiran kokurikulum.

9 comments

mana pulak sambutan UMNO 71 tahun....melayu mudah lupe - 12 feb 1988 UMNO baru dan baru berusia 29 taun....

kalau tak menipu bukan hamno nama nya.

Pemimpin2 UMNO ni semuanya memang kaki penipu sejak dulu lagi. Satu dunia dah tahu. Pengikut2 nya pula BANGANG, ada otak Allah beri tapi tak digunakan untuk berfikir. Lebih teruk dari haiwan.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





A. Hueeeekkk,huuuueeekkkk,huekkk ,
Haaakk..ptuuuiihh.
B. Eh..apasal ngko muntah A..
A. tekak aku kembang,loya,jijik,mual
lah,sebab ternampak muka pemimpin
Umngok,lepas tu terdengar pula
Suara siapatah,ketua dia kot,alah
yg botak botak tu..berucap lagi
lah..hueekkkk...huuuekkkk ptuuih.
B. Ooo....patutlah..aku ingat ngko
demam..nah..try minum air ketum
aku baru ghebus..kih..kih..kih.

Cabutan bertuah jadah apa cam tu... pancing ong datang saja... program umno tak ada gula2 tak mau org datang :)

Jangan jadi bangsa munafik dan jangan jadi manusia munafik.
Jika kita dah melihat kepincangan telah berlaku, cepat-cepat elakkan diri dari terus berada dalam golongan munafik.
Jangan bersubahat bersama pemimpin yang munafik dan ahli yg munafik.
Berani kerana Allah ada bersama org yg benar.

banyaknya penipu cuba nak jatuhkan UMNO...


EmoticonEmoticon