Tuesday

Terhutang budi kerana terima BR1M? Cuba baca dan fikirkan


BARU-BARU ini aku ada berbual dengan seorang rakan yang bekerja sebagai tukang buat rumah. Sahabat aku ini adalah kawan lama, maka pelbagai cerita kami bualkan di dalam perbualan itu, daripada sekadar bertanya khabar tentang kehidupan masing-masing sampailah kepada cerita politik dalam dan luar negara.


Aku cuba ambil peluang bertanya tentang kecenderungan politiknya memandangkan pilihan raya umum nampaknya sudah tidak berapa lama lagi.

"Apa pendapat kau tentang Najib?" Tanya aku kepadanya, dia mengakui bahawa Najib telah mencipta banyak masaalah kepada dirinya, terutama berkaitan kos sara hidup, perlaksanaan cukai GST, dan pemotongan subsidi serta peruntukan badan-badan kerajaan. 


Dia pun menghuraikan satu demi satu sebab kebenciannya dan penentangannya kepada Najib, aku tekun mendengar hujah dan butir-butir ucapannya.

Namun bila aku tanya adakah dia masih mahu mengundi Barisan Nasional pada PRU14 yang akan datang?

Sahabat aku itu menjawab ringkas, 

"Ya aku tetap akan pangkah BN macam dulu,"

Aku merasa hairan, macam mana dia yang tidak suka Najib kerana Najib telah menimbulkan pelbagai masaalah kepadanya tapi masih akan terus mengundi BN, jadi aku pun tanya apa sebab dia masih tetap mahu mengundi BN?

Dari jawapannya barulah aku faham, rupa-rupanya dia merasa terhutang budi kerana dia merupakan salah seorang penerima BR1M sebanyak RM450.

Dia merasa terhutang budi kerana dia percaya walaupun Najib punca kepada kenaikan kos sara hidup, tetapi Najib telah berjasa memberikan sedikit bantuan duit saku sebanyak RM450 kepadanya setiap tahun.

Maka aku pun bertanya kepadanya, 

"Berapa gaji kau sebulan?"

Dia menjelaskan gajinya tak menentu secara purata pendapatannya setiap bulan adalah sekitar RM2,000.

Aku bertanya lagi, 

"Setiap bulan gaji kau habis dibelanjakan atau masih ada tinggal sedikit untuk simpanan?"

Dia menjawab,

"Setiap bulan bukan setakat habis, tak cukup lagi adalah, selalu terpaksa pinjam duit orang untuk tampung keperluan,"

Maka aku pun jelaskan kepadanya, 

"Kalau kau habiskan kesemua gaji kau setiap bulan sebanyak RM2,000 maknanya dalam masa sama kau bayar RM120 cukai GST kepada kerajaan (6% daripada RM2,000), setiap bulan,"

"Setiap bulan kau bayar RM120, maknanya dalam setahun kau bayar cukai GST sebanyak RM1,440,"

"Kau bayar kepada Barisan Nasional RM1,440 setahun, kemudian BN bayar balik kepada kau RM450 setahun. Sebenarnya dia bayar BR1M pakai duit siapa?" Tanya aku kepadanya.

Mendengar penjelasan ringkas itu, wajah sahabat aku itu tiba-tiba berubah, dia mulai sedar bahawa selama ini emosinya telah dipermainkan dengan pemberian BR1M.

"Pergh, baru aku perasan aku dah kena 'game' depan batang hidung, rasa terhina sial, sebenarnya BR1M tu duit aku sendiri," jawabnya seperti baru tersedar dari mimpi.

Aku kongsikan perbualan ini kerana aku percaya ramai lagi sahabat-sahabat di luar sana yang selama ini tak sedar bahawa BR1M itu bukanlah duit kocek Najib yang diberi kepada rakyat, seperti seorang ayah memberi duit saku kepada anaknya, tetapi sebenarnya ia adalah duit rakyat itu sendiri.

Contohnya dalam isu kawan aku ini, kerajaan BN kutip GST daripada dia sebanyak RM1,440 setahun kemudian BN bayar balik sebanyak RM450, hitung bersih sebenarnya dia bayar RM990 kepada kerajaan BN (RM1,440 - RM450 = RM990).

"Sebenarnya aku yang bagi BR1M RM990 kepada Najib, bukan Najib bagi BR1M kepada aku," katanya mengakhiri perbualan dalam isu tersebut.

Mohon sebarkan

10 comments

PAKATAN HAPRAK DAH NAK BUNGKUS DI SELANGOR...KAH,KAH,KAH!

Saya tidak menerima BRIM,tapi tetap merasa terhutang budi pada kerajaan yg ada .Walaupun dulu saya penentang kerjaan yg ada kerana terpengaruh lakunan ala ustaz seorang maknusia pembohong yg sedang berada di Sg Buloh sekarang ini,namun kini saya menyedari,kerajaan yg ada jauh lebih baik dari puak penuh dengan tipu daya yg ingin menumbangkan kerajaan yg ada.Puak yg boleh berubah-ubah pendirian bila ianya tidak sesuai dgn kepentingan mereka,sangat bahaya utk di sokong.Mahathir ,LKS Anwar dll,semuanya kaki kelentong yg tidak boleh di percayaai.



Lagi cepat lagi bagus. Senang rakyat nak kenal parti/kumpulan parti mana yg tindas rakyat dan yang makan dedak time PRU nanti.



Patutle pemimpin senang je kene main dgn Korea Utara.

Ko yg pilih ye..

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Kekuatan ekonomi pun main peranan....kalau tak kuat..segala mak datuk BRIM pun tak kan berguna untuk rakyat!!!

Sudah lama rakyat ditipu Barisan Nasional sejak zaman cap kapal layar lagi.

Ini kalilah semua bersatu lakukan perubahan!

aiik...camtu jek kira?? banyak brg x kena gst kott....aku kira gst aku byr sebulan ada laa dalam rm35..

dalam malaysia ni sape yang x membohong brother , ada pangkat duit semua disanjung tinggi . kroni2 keje mengipas jer . dalam perhimpunan umno sendiri berapa ramai cakap xserupa bikin , depan cakap lain belakang cakap lain . sebab semua nya kerana duit dan pangkat yang akan dibawa kealam kubur.syabas melayu kita. jangan nak cakap ikut serupa bangang x bertempat saudara . anak2 cucu cicit kita yg akan menanggung semua ,tu pun kalau sempat sebelum kiamat .kes anwar xmau cerita banyak lah , sila cari bukti dan kenyataan yg terpendam dari musa hitam , razali hamzah , rahim noor , bapa saiful bahri dan kroni2 baru boleh bersembang pasal kes ni. xmasuk kementerian lagi tuu...mohon tolong jangan jadi bodoh sangat boleh x . terima kasih

Dapatkan Hadiah Natal & Freechip Tanpa Deposit
Promo Menarik Dari Agen Bolavita
Bersama Kami Agen Bandar Judi Terpercaya
Mari Bergabung Di website www(titik)bolavita(titik)org
Bisa juga hubungi , info :
BBM : D8C363CA
wechat : bolavita
whatup : 6281377055002
Email : cs@bolavita .com


EmoticonEmoticon