Saturday

Ahmad Maslan muncul jual nasi goreng di Bazar Ramadan Pontian


ENTAH apa motif pun tak tahu, gambar Datuk Ahmad Maslan beraksi seolah-olah beliau sedang menjual nasi goreng di salah sebuah warung penjaja Bazar Ramadan disebarkan oleh penyokongnya di media sosial facebook.



Barangkali ini merupakan strategi kempen menjelang pilihanraya Umum ke 14, untuk menunjukkan kepada pengundi-pengundi di kawasan Pontian, bahawa beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat.


Aku tak tahu apa tanggapan penduduk Pontian terhadap gelagat terbaru Ahli Parlimen ini. Namun warga media sosial rata-rata nampaknya tidak boleh lupa dengan kenyataan bodoh tentang cukai GST yang dikeluarkan oleh Ahmad Maslan sebelum ini.

Mereka rata-rata mengungkit kenyataan bodoh tersebut, selain ramai yang menggelarkan Ahmad Maslan sebagai "pelawak"

Dalam sebuah video wawancara RTM yang tersebar sebelum ini, Ahmad Maslan dengan penuh yakin mengatakan bahawa cukai GST akan menurunkan harga barang.

Namun apa yang berlaku, cukai GST menjadi punca utama kepada kenaikan harga barang sekaligus membebankan rakyat Malaysia terutama golongan berpendapatan rendah akibat peningkatan kos sara hidup harian.

10 comments

Menteri serba boley... krn elaun menteri tak cukup, dia sanggup buat beberapa kerja bagi menampung kos sara hidup yang makin menurun.
Dulu dia menoreh getah,kali ni jual nasi goreng pula.

Gaji menteri tak cukop ? Kasian ! Kasian ! Cubaan !

Gaji menteri tak cukop ? Kasian ! Kasian ! Cubaan !

Hadoi...! Jawa gampang ni nak kan publisiti, milosuam pulak dengan rela hati tolong promote pulak....(dapat dedak ke?) hadoi.. harap jawa gampang ni tak jadi tokey dedak udah le maklum la dah ada 2 juta.

Mana bole nak jadi lebih hebat dari mat mazlan. Itu exco n timb menteri aritu sudah buat statemen pasal bazar ramdsn kluang. Dua2 org johor. So mat pun dah lama tak buat gimikkan. Rating oun makin turun sbb 2 org tu. Lepas ni rating conpim naik meletup2.

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Mad maslan hanya muncul utk mengalihkan perhatian media bila orang duk hentam najib ��

Abg kungfu katak ni tgh hangin sbb Bini dia xmerasa bantai berlian rega jota2 (agaknya la)

Publicity macam ni pun kau orang nak marah ,busuknya hati kau orang ni.Dia tak buat dosa ,tapi kau orang yg dapat dosa.

dia buat lagi dah


EmoticonEmoticon