MCA ajak cina tolak DAP kerana beri 97% peruntukan kepada Melayu dan Islam

BIASA kita dengar propaganda Umno memomok dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bergabung dalam Pakatan Harapan, bersama KEADILAN, AMANAH dan PPBM.

Tidak perlulah aku ulang semula propaganda yang sering digunakan oleh Umno untuk memperbodohkan orang Melayu supaya takut dengan DAP sekaligus menolak untuk menyokong parti itu dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

Di depan orang Melayu Umno memainkan sentimen rasis dan agama, kononnya DAP anti Melayu dan anti Islam. Namun di depan orang-orang Cina, Parti komponen Barisan Nasional, Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia, (MCA) memainkan sentimen rasis yang serupa namun mesej yang bertentangan.

Sebagai contoh, Halaman Facebook MCA Bahagian Kulai dikesan menghantar mesej berbayar dan bersasar dalam bahasa Cina kepada orang-orang Cina. Maklumat ini aku terima daripada salah seorang rakan berbangsa Cina yang menghubungi aku melalui WhatsApp.

Di bawah ini mesej yang dimaksudkan.

Terjemahan:

Inilah budaya DAP, Orang Cina semua jangan undi DAP!

Tulisan berhuruf tebal — Dalam melaksanakan "Malaysian Malaysia", DAP melakukan perkara-perkara berikut:

1. Bantah Orang Cina pegang jawatan Perdana Menteri (PM)
2. Bantah Orang Cina pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM)
3. Bantah Orang Cina pegang jawatan YDP majlis.
4. Lagu parti (DAP) dalam bahasa Melayu.
5. Guna bahasa Melayu dalam mesyuarat (DAP).
6. 97% projek kerajaan (DAP) untuk Orang Melayu
7. 97% peruntukan untuk (DAP) Agama Islam

Poster ini disebarkan oleh Parti Cina MCA kepada orang-orang Cina melalui mesej berbayar Facebook yang hanya mensasarkan pengguna Facebook yang pandai membaca tulisan cina.

Anda boleh baca sendiri poster ini di Facebook MCA Bahagian Kulai, sila klik link ini — MCA Bahagian Kulai (cepat sebelum kena padam)

Senangnya tipu rakyat supaya undi BN, depan Orang Melayu Umno kata DAP anti Melayu anti Islam, depan Orang Cina MCA kata DAP sokong Melayu sokong Islam.

8 Comments

  1. MCA tolak PH kerana melayu dan Islam......agak2 apa alasan Pas tolak PH? Kerana tak boleh jual agama kot.....

    ReplyDelete
  2. Harap admin copy paste hantar kat Haprak @ harakah PAS supaya Ahli PAS tau mana satu parti Cina yang Intan dan Permata.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete
  4. MCA terang2 anti Melayu & Islam, tetapi mengapa ada Melayu yg beri undi pada MCA, BODOHnya Melayu ni!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp +13176681073

    ReplyDelete
  6. Jangan percaya sangat apa dalam Facebook tu....mungkin ia Facebook palsu dan rekaan semata-mata...dalam dunia sekarang macam orang boleh tipu dan palsukan....tabbayun dulu!

    ReplyDelete
  7. MCA dan DAP ibarat lari dari mulut buaya masuk mulut harimau.....

    ReplyDelete
  8. rakyat bangsa cina sejak lama dulu dah kuburkan mca! mungkin ada yg akan terus sokong PM, ianya memang bukan kerana mca.

    Ahli MCA1mdb bantu gadai negara kpd komunis cina. PAS rm90juta parti komponen bn tak rasmi kini perjuang 1mdb sama juga lelong bangsa dan negara kpd kafir komunis cina.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan