Saturday

Ejek-mengejek punca pusat tahfiz kena bakar kata Polis


EJEK-MENGEJEK punca tujuh orang suspek berusia antara 11 hingga 22 tahun membakar Pusat Tahfiz Darul Qural Ittifaqiyah menggunakan hidrokarbon dan gas.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam satu sidang media yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ejek mengejek berlaku antara pelajar tahfiz berkenaan dengan suspek-suspek yang tinggal berdekatan dengan pusat tahfiz tersebut.


Katanya, polis terpaksa membuat sidang media tergempar sebentar tadi selepas laporan hasil siasatan terhadap tujuh suspek kebakaran pusat tahfiz tersebut tersebar dan menjadi tular di media sosial.

Kesemua tujuh suspek direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 September 2017. Menurutnya lagi, ketujuh-tujuh suspek telah menjalani ujian air kencing, hasilnya enam daripada mereka positif dadah jenis ganja.

Datuk Amar turut mengesahkan bahawa kes tersebut selesai dengan tertangkapnya ketujuh-tujuh suspek berkenaan, sekaligus mengesahkan tiada lagi suspek akan ditangkap selepas ini berhubung kes yang sama.

Kes tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan di mahkamah.

Butiran lain dalam sidang media itu, Datuk Amar memaklumkan bahawa pihak berkuasa terpaksa menggunakan teknik pengecaman DNA dan Rekod Pergigian bagi mengenalpasti identiti mayat 23 pelajar tahfiz yang rentung dalam kebakaran tersebut.

Sebelum ini tersebarnya satu laporan hasil soal siasat terhadap ketujuh-tujuh suspek berhubung kejadian kebakaran pusat tahfiz di ibu negara.

Sila rujuk link berikut untuk membaca laporan tersebut.


EmoticonEmoticon