Senarai hukuman dilarang untuk guru lakukan terhadap murid sekolah

AKU tertarik dengan satu gambar yang tersebar di media sosial, iaitu satu senarai 23 jenis hukuman-hukuman yang dilarang untuk guru kenakan terhadap murid di sekolah.

Difahamkan senarai itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan maklumat unit disiplin kementerian itu. Ia dibahagikan kepada dua, pertama hukuman berbentuk fizikal manakala satu lagi hukuman terhadap mental dan emosi.

Berikut senarai-senarai yang dimaksudkan.



Sebagai salah seorang individu yang pernah bersekolah suatu masa dahulu, aku rasa terkejut lihat senarai ini. Daripada kesemua 23 senarai-senarai hukuman itu, semuanya aku dah pernah rasa, aku dah pernah kena.

Aku tak rasa pun kesemua hukuman Itu sebagai satu penderaan, melainkan ia memberi pengajaran kepada aku malah aku berterima kasih dengan para guru yang pernah mengenakan mana-mana satu dari senarai hukuman itu terhadap aku dulu (kepada guru yang sudah meninggal dunia aku doakan rohnya mendapat keampunan dan rahmat dari Allah).

Jika benarlah guru-guru sekarang langsung tak dibenarkan untuk melakukan hukuman dalam senarai tersebut. Maka tak hairanlah budak-budak sekarang nampak tingkah lakunya melampaui batas.

Bagi aku tak perlulah nak manjakan sangat budak-budak sekolah ni, biarlah mereka rasa apa yang abang-abang dan kakak-kakaknya macam aku ni pernah rasa, semua tu tujuannya untuk mendidik.

Kalau ada pun, mungkin guru yang melampaui batas kadang kala dalam hal menghukum murid, tangani perkara itu secara terpencil, tak perlulah sampai nak keluarkan larangan mengarut seperti ini.

11 Comments

  1. kalo xde hukuman macam mana nk disiplin bebudak sekrang...tu yng naik tocang bebudak sekarang...dulu time aku sek mcm2 kena denda klo report kr mak bapak lg alamat kn sedas lg dgn bapak...xberani nk report kt mak bapak...tp skrg parent mcm lupa sbb hukuman ni parent2 skrg jd org...fikirkn lh

    ReplyDelete
  2. Semakin melahirkan generasi yang lembik dan biadap. Walaupun ada beberapa perkara yang saya setuju supaya tidak diamalkan.

    ReplyDelete

  3. Mohon maaf jika postingan ini menyinggung perasaan anda semua tapi saya hanya mau menceritakan pengalaman pribadi saya yang mengubah kehidupan saya menjadi sukses. Perkenalkan terlebih dahulu saya Sri Wahyuni biasa di panggil Mba Sri, TKI tinggal di kota Pontian johor Malaysia,Saya berprofesi sebagai pembantu rumah tangga, tapi saya tidak menyerah dengan keadaan saya, tetap ikhtiar.
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos pulang. sempat saya putus asa,gaji pun selalu di kirim ke indonesia untuk biaya anak sekolah,sedangkan hutang banyak, kebetulan teman saya buka-buka internet mendapatkan nomor hp Mbah Suro +6282354640471 & 082354640471 katanya bisa bantu orang melunasi hutang nya melalui jalan TOGEL dan PESUGIHAN DANA GHAIB TAMPA TUMBAL...
    dengan keadaan susah jadi saya coba beranikan diri hubungi dan berkenalan dengan beliau Mbah Suro, Dan saya menceritakan keadaan saya lagi susah di negri orang. Beliau menyarankan untuk mengatasi masalah perekonomian saya, baiknya melalui jalan togel saja. Dan angka yang di berikan beneran tembus ,6D dan saya dapat RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran. alhamdulillah terima kasih banyak ya allah atas semua rejekimu ini. walaupun ini hanya melalui togel..

    ReplyDelete
  4. Rasanye larangan ni yg buat budak budak sekarang besar kepala.... buat apa hantar ke sekolah kalau guru tak boleh nak mendisiplinkan para pelajar?? Sekolah dah jadi nursery je sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. mungkin sesetengah ibu bapa sekarang terlalu MEMBABI BUTA manjakan anak...lihat sajalah filem ANAKKU SAZALI...unsur2 kiasan mahupun secara terang terangan memberikan pengajaran dari pelbagai aspek kehidupan...tersirat mahupun tersurat..harus kita tahu dan sedar betapa kehidupan ini perlu ada sikap tanggungjawab dan sedia menghadapi apa jua keadaan..bertindak pantas bukannya di kemudian hari yang pada akhirnya penyesalan tiada makna kerana semuanya sudah parah...biarlah kita menangis sekarang tetapi janganlah menangis di kemudian hari

    ReplyDelete
  6. Bile dh ade menteri yang terlebih bersambung sel2 saraf otak dlm kementerian ni lah hasil nya.. aku dulu hidup dengan semua hukuman2 ni. sbb tu aku jd manusia skrg. Hari ni bakar pusat tahfiz. esok lusa apa pulak yang nak kena bakar.. bila dah jauh sgt dengan ajaran agama camni lah jadinya.. Semua nk kena ikut Barat.. tak phm..tak paham..

    ReplyDelete
  7. Dalam melakukan taruhan sabung ayam sudah pasti anda harus daftar sabung ayam online pada agen terpercaya pastinya ada berbagai keuntungan yang bisa anda dapatkan saat anda bergabung didalamnya
    Dapat melakukan permainan dengan cara yang lebih mudah, Bermain dengan bebas tanpa adanya batasan waktu, Pendaftaran tidak dipungut biaya alias gratis, Akan mendapatkan sebuah pelayanan yang nyaman dan aman
    Dari sini jika anda berminat anda daftar sabung ayam online terpercaya karena anda akan memperoleh banyak untung tanpa dirugikan
    Bisa hubungi kami di sini https://goo.gl/6Vw5nb
    HP: +6281377055002
    BBM: D1A1E6DF
    YM: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
    WECHAT ID: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)

    ReplyDelete
  8. Sungguh prihatin kementerian sampai hukuman yang mengganggu emosi pun masuk. Bila murid buat perangai,guru juga disalahkn.

    Bagaimana pula emosi guru, adakah pihak atasan jaga. Yang jadi ketua pun kadang2 main cakap lepas tak fikir emosi guru. Guru juga ditekan dengan masalah prestasi peljar dn tugas2 yg tak berkaitan dgn pelajaran dikelas.

    Yang jadi ketua pun, esok lusa korang kat bawah balik, sementara korang kat atas tu ingatlh masa korang kat bawah. Jgn belagak dn bongkak sangat bila ada kuasa. Kalau nak bekerja berpasukan, semua mesti rasa selesa barulh semua dpt menyumbang prestasi yg baik. Klu kat atas tu blagak dgn kuasa seperti dia sorg je betul dn fikir negatif je kat org baik ketua mcm ni keje sorg2.

    Menteri pun jgn fikir pelajar sahaja dgn hukum fizikal dn emosi yg salah, tp org yang berkhidmat bersama korang ni kena juga dijaga emosi, bukan murid dan mak bapa saja manusia, tapi guru2 juga manusia biasa, mati masuk kubur juga.

    ReplyDelete
  9. Dalam dunia sebenar, kalau penjenayah tak dihukum penjara, rotan dan sebagainya, apa akan jadi????

    ReplyDelete
  10. Ada juga kebenaran hukum itu tak dilaksanakan, tp jgn sampai terlalu dimanjakan. Semua tak boleh. Sampai guru pun disuruh sambut murid dtg sekolah setiap hari. Hilang konsep sebenar guru dan murid.
    Klu murid gagal dn kemenjadian murid tak baik akhirnya guru disalahkan.
    PPD JPN kementerian semua nak salahkan guru dan sekolah. Kalau murid berjaya mulalah puji mereka sendiri.

    Klu murid gagal maka guru salah..tp kenapa yg diatas klu tak capai target mereka nak salahkn guru, patutnya ikut konsep mereka, salahkn ppd, kemudian salahkn jpn lepas tu kpm cermin diri.
    Tp jgn suka menyalahkn.
    Yang di atas cuma target mereka hnya berdasarkn data, bermain dengan nombor, tp hakikatnya disekolah guru berdepan manusia sebenar yg berbeza otak, berbeza tahap kecerdasan, berbeza bakat dan minat, berbeza persekitaran. Wlubagaimana pun tak dapt tidak kita menolak hakikat kejadian. Yang diatas pun masa jd guru adakah semua yg dia ajar tu lulus cemerlang. Murid dimanjakan tapi guru ditekan mentalnya, klu bersuara mulalah disalahkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya amat setuju..ambil positif kenapa ada kawalan dan kenapa ada undang undang yang menghad kan jenis hukuman..

      Yang pro dan bangkang sangat kebaikan undang undang tu, pandai dari sudut positif..anak anak yang bermasalah tu bukan tugas cikgu untuk mereka jadi baik dan bertambah baik, itu tugas para ibu dan bapa serta keluarga bermula dari rumah.

      Jangan anggap korang dulu di denda dan di hukum dulu oleh para cikgu, maka korang berjaya dan jadi manusia, anggap la itu rezeki korang..

      Bayangvkan kenapa dalam agama islam sendiri dah mengaris kan jenis dan had hukuman atas kesalahan, pasti ada sebab kan..iaitu had dan batas batas yang sewajar nya demi kebaikan semua pihak.

      Yang melalak dan membantah kebaikan kenapa had ini di kuat kuasa kan

      Yang paling perlu kita utama kan bahawa pendidikan itu bermula dari rumah, ada tak kita pesan kat anak kita untuk jadi sempurna dan baik di sekolah, contoh..ada tak kita melarang anak anak kita mematuhi undang undang seperti jangan merokok dan vaping di sekolah dan di luar sekolah..sedang kan kita sendiri merokok , kaki vaping..dan tak paham aturan dan fatwa yang mengharam kan rokok..!!..saya bagi contoh jer yer

      Kepada para guru, syabas dan terus kan tugas anda, kalau ada para pelajar yang engkar dan melaku kan kesalahan..ikut la SOP..dan buat surat kepada ibubapa yang terlibat dan pohon balas dalam masa 3 hari bekerja..senang..apa apa rekod dan dokumen kan..

      Saya senang cakap..kepada yang melalak tu..cakap ramai ibu bapa sekarang yang mana anak mereka konon nya tidak boleh di sentuh..adalah orang yang sensitif kelak jika sesuatu menimpa anak mereka, atai dapat surat dari pada pihak sekolah..dan saya yakin juga..mereka juga lah yang sering melalak belakang tabir..mesyuarat PIBG pun haram tak datang..puiiiiii...

      Maaf ..saya sokong undang undang ini dan di laksana kan secara profesional..

      Kepada para guru, jangan takut dan kawal lah emosi kalian, ikut sop dan buat surat rasmi kepada ibubapa pelajar yang terlibat..

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan