Thursday

Tahfiz terbakar, bekas menteri kata "dosa menteri pelajaran"


BEKAS Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin menyifatkan tragedi kebakaran sebuah sekolah tahfiz yang mengorbankan 25 nyawa sebagai "dosa menteri pelajaran".

Kenyataan itu dikeluarkan melalui akaun Twitter miliknya.

"Mati ramai di disko dikira balasan dosa. Apakah anggapan terhadap 25 pelajar tahfiz mati terbakar. Dosa Menteri Pelajaran tak perihatin," tulisnya.



Dalam kiriman seterusnya di akaun Twitter beliau, Zainuddin mendakwa cadangannya sebelum ini agar sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada sistem yang seragam tidak dipandang penting oleh menteri pelajaran.

"Hari ini dia bayar harganya," tulisnya lagi.


Zainuddin turut mendakwa beberapa orang rakannya yang bertugas sebagai peguam, ada memegang kes-kes berkenaan ustaz yang menipu di dalam penubuhan sekolah tahfiz, seperti di dalam kutipan derma dan pengambilan tanah.

"Beberapa orang rakan peguam saya memegang kes ustaz-ustaz menipu, dalam penubuhan sekolah tahfiz seperti dalam kutipan derma dan pengambilan tanah," tulisnya.

Negara hari ini digemparkan dengan kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datok Keramat yang dilapor mengorbankan 23 orang.

Dua daripada yang terkorban adalah mereka yang bertugas sebagai warden di tahfiz 3 tingkat tersebut.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar 5.10 pagi di tingkat atas bangunan.

Warga media sosial hari ini selain menghujani ucapan takziah susulan kebakaran tersebut, rata-rata dilapor mempersoalkan sistem keselamatan di pusat-pusat tahfiz memandangkan ini bukan kebakaran pertama melibatkan sekolah jenis itu.

9 comments

kes orang politik menipu berapa banyak?????
ini mamat pembodek kuat amono

itu saja lah komen bodoh yg boleh di beri..dalam kepala otak yg tak berapa betul sikit pun tak ada rasa simpati..klu dah campu aduk politik kebencian tak ada apa yg boleh diharap pakatan haram jadah..

Cuba fahami kt2 beliau.. dia terlibat cadangan tu dia taula.

Itula susah nya org pas... pantang dgr benda yg tkfaham terus nk marah. Pas sajalah yg islam dlm dunia ni.

Dia komen terhadap pihak berkuasa yg dia dulu pun ahlinya.. bukan ckp politik kebencian mcm hj hadi

Jgn lah gelapkan hati sgt dgn toprng agama

Kenapa perlu haramkan? Wujudkan pusat tahfiz tapi perlulah di beri perhatian ttg keselamatan anak2 tu. Tah apa alasan dia hingga nak haram sangat. Full of hate kata kata kau tu. X simpati langsung.

This comment has been removed by the author.

Saudara 19:08, memang benar. Itulah masalahnya. Laju sahaja tangan mereka menaip. Memang hampaslah perangai macam mereka tu.

audara 20:03, faham elok-elok maksud En. Zainuddin Maidin. Beliau kata haramkan dulu (tahan buat sementara), hingga sekolah jenis itu distandardkan (diseragamkan atau dipiawaikan tahap keselamatan). Yang saudara melulu sangat kata beliau tak "perihatin dan berkata dengan penuh kebencian" tu apa hal? Saudara tu YANG TAK FAHAM. Inilah masalahnya jika pandai komen sahaja tapi tak faham apa-apa yang orang kata. Saya ulang - EN. ZAINUDDIN MAIDIN KATA, HARAMKAN DULU (maknanya, jangan luluskan/jangan benarkan) SEHINGGALAH adanya jaminan keselamatan. TAK FAHAMKAH SAUDARA 20:03? Lain kali JANGAN GOPOH, ya, saudara.

Permisi saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang mantan TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong, Katanya udah beberapa kali minta bantuan sama dukun melalui nomer togel tapi ujung2nya tertipu hanya MBAH WIRANG yg berhasil membantu dia melalui pasang nomer togel 4D.. Disitulah saya tertarik dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D malaysia dari hasil meditasi ritual beliau. Singkat cerita alhamdulillah nomer itu betul-betul terbukti tembus sya menang RM.578.000, saya tidak menyanka kalau saya bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya rumah dan usaha sendiri itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) muda2han masih bisa membantu anda seperti saya...

betul betul useless pemimpin hanya know how to throw money & keluarkan arahan sana sini & give lip service... score political points think that all matters should be OK bahwa itu sebanyak yg mrk boleh buat... kemudian balik to their cosy ways..... negara on free fall dan pegawai2 yg rajin dan telus di institusi diarahkan to serve the political masters serta saman rakyat utk $ seberapa yg boleh...

kerajaan kini hanya utamakan dan glamorkan imej pemimpin yg superficially olok olok branding menunjukkan kpd rakyat as a kerajaan yg prihatin dan berjaya...

kerajaan in waiting PH will be a rakyat dan negara centric... save the people and save the nation... next suffer will be the those in public services nasib serupa felda "hutang" hutang" "bankrup" "bankrup"...


EmoticonEmoticon