Datuk Boy Iman ditahan, polis terima 188 aduan daripada mangsa

PIHAK polis semalam dilaporkan telah menahan Datuk Boy Iman, atau nama sebenarnya Nuruliman A Rahman, Pengarah Urusan DBI Properties dan dua orang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah berjumlah RM6.2 juta.

Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dilaporkan berkata, pihak polis telah menerima 188 aduan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan oleh Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Semalam ketika bertekak dengan Yusuf Azmi (PPIM), isteri Boy Iman ada tanya, kalau suami dia tipu kenapa tak buat 'report' Polis?

Rujuk video dalam artikel ini — Isteri Boy Iman bertekak dengan Yusuf Azmi (PPIM)

Rupa-rupanya, semalam juga Datuk Boy Iman kena tangkap. Polis beritahu ada 188 aduan berhubung penipuannya.



"Berdasarkan siasatan yang dijalankan, didapati syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga yang jauh lebih murah daripada pasaran iaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, selepas bayaran dilunaskan pembinaan rumah berkenaan tidak dijalankan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pihak polis katanya turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Fairlady, dan sebuah BMW E92, serta 3 telefon pintar, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University berserta pelbagai dokumen Syarikat DBI Properties.

Katanya, berdasarkan penelitian yang dilakukan polis didapati sindiket penipuan semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa.

"Ini dapat dilihat melalui kewujudan pelbagai skim berasaskan perniagaan, emas, perumahan dan seumpamanya.

"Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim atau tawaran luar biasa yang dibuat oleh mana-mana orang atau syarikat," katanya.

Menurut Acryl Sani, semua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

3 Comments

  1. Sepandai-pandai boboboi melompat! akhirnya mendarat juga di Malaysian animation Park, eh silap, ke lokap akhirnya!

    ReplyDelete
  2. Kat dalam reman boboi mesti kena suntut. Ahaha baru dia tau langit ni tinggi ke rendah. Balasan sebab suka tipu org tua2.

    ReplyDelete
  3. muka penipu, dapat datuk pun dari pahang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan