Facebook Lazada kena serang ratusan pengguna tak puas hati

RATUSAN pengguna tidak berpuas hati dengan pelbagai isu berkaitan syarikat online terkenal Lazada menyerang halaman facebook rasminya hari ini.

Rata-rata menyatakan perasaan tidak puas hati dengan perkhidmatan Lazada yang dikatakan tidak mahu membalas sebarang pertanyaan pengguna melalui platform yang disediakan.

Selain itu pengguna juga mendakwa berlaku masaalah pada sistem atas talian laman sesawang Lazada mengakibatkan berlakunya pelbagai masaalah lain.









Kenyataan rasmi Lazada memaklumkan bahawa gangguan-gangguan perkhidmatan di luar jangkaan itu adalah disebabkan oleh tindakan menaiktaraf server dan system sebagai persediaan syarikat itu melancarkan kempen "online revolution" 11.11 pada bulan November depan.

Lazada telah memohon maaf dalam satu kenyataan rasmi di laman facebooknya, dan berjanji akan mengambil perhatian terhadap setiap pengguna yang terjejas selain berusaha keras menyelesaikan penaiktarafan sistem dan berusaha menyelesaikan segala isu-isu berkaitan.



Lazada juga memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengambil langkah-langkah perlu di dalam memastikan pemulangan wang kepada para pengguna dapat dipercepatkan.

5 Comments

  1. so far I'm pleased w lazada. once I ordered a printer. courier send me a toaster instead!!! what a laugh! anyway, I did get my refund.

    ReplyDelete
  2. So far x ada masalah dgn lazada. Yg buat slack ialah poslaju

    ReplyDelete
  3. pada 11.11 aku tlh membeli 5 barang. hanya 2 brg shj yg betul dr 5 brg tersebut. skrg aku terpaksa susahkan diri utk print form return, packing balik, naik kereta pergi ka kaunter pos laju, beratur ambil nombor giliran, pos barang dan tunggu refund yang ntah taktahu bila akan dapat. satu kerja bodoh dan gila

    ReplyDelete
  4. Aku order 11/11/17 dan hari ni 11/12/2017. Masih x sampai².. contact lazada, diorang akan semak dan inform dlm tempoh 48 jam... Ni dah berhari² apa pun xde. Sial tul lazada. Nai mintak refund rasa x berbaloi, sebulan tunggu. Bole report ke pengguna x?

    ReplyDelete
  5. farasso
    Menyambut Imlek atau tahun baru cina 2018 Agens128 akan bagi-bagi freebet dan freechip poker senilai
    Rp 125.000,mau tau cara dapatnya ? baca selengkapnya di http://agens128(titik)org/freebet-imlek-2018-berupa-angpao-senilai-125-000/
    Dan Coba Juga Permainan Populer Kami Lainnya ( Sportsbook, sabung ayam, dan masih banyak lagi )
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    S12888.com/ www.s128agen.com / S12888.net
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan