Tuesday

Isteri Datuk Boy Iman bertekak dengan Yusuf Azmi PPIM


SAUDARA Yusuf Azmi, dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah pergi ke satu program yang dianjurkan oleh syarikat berkaitan Datuk Boy Iman, difahamkan untuk bertanya soalan dalam program itu.

Ia merupakan salah satu usahanya di dalam membela ratusan pembeli rumah yang didakwa tertipu dengan skim rumah murah syarikat berkenaan.

Malangnya ketika tiba di pintu masuk "ball room" yang menganjurkan program tersebut, Yusuf Azmi dan 3 orang lagi rakannya dihalang untuk masuk.



Malah terdapat beberapa orang "lelaki berbadan sado" yang diupah untuk menghalang Yusuf dan rakan-rakannya daripada melepasi pintu di mana program tersebut dijalankan.

Ketika berada di situlah bermulanya pertengkaran mulut antara Yusuf Azmi dengan isteri kepada Datuk Boy Iman.

Di bawah ini rakaman video berkenaan yang mula viral di media sosial sejak semalam.



Antara butir perbualan yang ditimbulkan oleh Yusuf ialah beliau mempersoalkan mengapa syarikat berkaitan Datuk Boy Iman itu, masih terus menganjurkan program walaupun isu ratusan pengguna yang didakwa ditipu oleh syarikat itu masih belum diselesaikan.

7 comments

Dengar cerira mcm2 task force telah diwujudkan oleh pihak betkuasa. Mengapa aktiviti itu masih bebas dijalankan.

Tak perlulah serbu rumah/majlis orang. . .PPIM pla tiada kuasa penguatkuasa undang-undang. Kalau ya pun, bawalah wakil penguatkuasa ubdang-undang.

Jangan ada insiden keselamatan berlaku sudah la. . .

Dia dtg nak tanya psl program...bukan nak serbu...

Fuhh pakai bodyguard,yang botak tu mesti dah stress kerjanya asyik menghalang sesiapa kacau bossnya boroiman, eh silap boyiman.Sampai rambut pun dah hilang.

sabarlah saudara yusuf, orang makan duit haram ni akan nampak juga pada lahirnya, tak percaya tengok perut boi yg semakin boroiiii!

kera jaan pun sama menipu. ptuih!

ha..ha..ha...terjah sama itu samdol laki bini; cam hanat je tgk


EmoticonEmoticon