Isteri failkan tuntutan cerai alasan suami terlalu taksub dengan PAS

SEORANG wanita memfailkan tuntutan cerai hari ini (23 Oktober 2017) terhadap suaminya atas 3 alasan, yang mana salah satunya ialah perbezaan pendirian politik — suami didakwa terlalu taksub dengan parti PAS.

tuntutan cerai

Dua lagi alasan yang disebut dalam tuntutan cerai itu ialah, suami telah menuduhnya murtad, dan tiada lagi persefahaman — Syiqaq (perselisihan) berpanjangan.

Dokumen tuntutan cerai itu telah dimuat naik melalui akaun Facebook miliknya. Wanita itu dalam tuntutan cerainya menyatakan tidak akan menuntut sebarang hak terhadap nafkah dan harta namun mahukan hak hadhanah (hak penjagaan anak) secara bersama.

Dia dan suami dalam dokumen itu antara lain disebut telah mengambil langkah, mengadu kepada ibu bapa dan ustaz di dalam mempertahankan rumahtangga.

tuntut cerai

Di bawah ini penjelasan wanita tersebut berhubung tuntutan cerainya.

"Masalah rumah tangga saya akibat ketaksuban melampau encik suami terhadap PAS sudah bermula sejak tahun 2007. Pada tahun itulah saya lari dari rumah dan nekad untuk sambung belajar sebagai persediaan masa depan.

Sengaja saya cari kampus di luar Pahang, agar dapat tinggal berjauhan dari encik suami. Saya dah jemu menghadap kesibukan encik suami dengan aktiviti parti syurga dia. 7 tahun saya sambung belajar, kami tinggal berasingan, maka perkahwinan kami bertahan untuk 7 tahun lagi.

Tahun 2014 saya grad dan balik ke Kuantan. Saya sangkakan encik suami akan slow down bila keluarga sudah semakin besar. Rupa-rupanya dia sudah dahsyat didoktrin oleh PAS, hinggakan dia rasa sehari tanpa kerja jemaah akan mendekatkan dia dengan neraka.

2007 hingga 2017, telah 10 tahun berlalu. Enough is enough. Saya sudah letih berebut encik suami dengan parti syurga untuk hak-hak saya dan anak-anak yang sentiasa encik suami anggap nombor dua. Nevermind, PAS boleh ambil encik suami sekarang untuk jadi hamba abdi parti sepenuh masa.

Jadi kepada sesiapa yang fikir tindakan saya memfailkan perceraian hari ini hanyalah kerana hormon wanita mengandung, mungkin kalian boleh fikir semula apa perasaan saya ketika berjuang untuk rumah tangga saya selama sedekad ini." tulis wanita itu.

25 Comments

  1. Ini adalah isteri kufur nikmat, setelah suami mengizinkannya melanjut pelajaran dan mungkin telah mencapai kejayaan, jadi lupa diri pula. Walaupun sang suami itu taksub PAS sekalipun, selagi dia menjalankan tanggungjawab sebagai suami, tiada asas kukuh untuk menghalalkan tuntutan perceraian. Jika ada terpacul kata-kata yang merosakkan akidah, maka iman boleh rosak. Suami hanya menyedarkan isteri supaya menjaga akidah, jangan dirosakkan kerana natijahnya boleh menjurus kepada murtad tanpa disedari oleh sipelaku. Walaupun saya bukan penyokong PAS, ada kemungkinan sisuami itu telah bertindak dengan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara 24.10.2017 - 01:31. Jaga sedikit mulut (tangan) saudara. Jangan sedap mulut menuduh orang tanpa mengetahui hal sebenar mereka. Saudara jangan suka berlagak jadi hakim. Yang patut saudara buat, saudara jaga diri saudara dan keluarga saudara dahulu. Jadikan kes pasangan ini sebagai pengajaran datau sempadan. Nasihat ini juga saya tujukan kepada diri saya sendiri. Semoga kita dilindungi Allah SWT daripada mendapat dosa percuma, insya-Allah.

      Delete
  2. Nak tanya sikit wahai saudara,islam kah saya TANPA joint party PAS??.

    Tahukah tuan,cerai berai ini berlaku sejak tahun 1981 LAGI,bila hadi mengeluarkan amanat hadi?ada sembahyang 2 imam? issue memali berlaku dlm nov 1985,di mana 4 orang polis islam mati?Adakah 4 orng polis itu murtad??sebab bertahan dari serangan fanatik amanat hadi??

    Ingat hadi pernah buat amanat"perjuangan kita adalah jihad,mati kita adalah mati syahid" Kenapa hadi tak nak jawap ini semua,kata nak buat RCI..MANA??/

    jANGANLAH SENANG-SENAG ,KATAKAN ORANG LAIN "kufur nikmat",kenaa nak diungkin tentang beri melanjutkan pelajaran,bukankah dia beritahu,sebelom itu dia rasa dah jemu,dgn kesibukkan suaminya..

    Kenapa selalu salahkan wanita???Berdosa tak,kalau suami tak beri nafkah bathin sekian-sekian waktu???atau dalam PAS dikira okay?

    Inilah masaalahnya,keegoan lelaki,mengunakan agama,untuk kepentingan diri-sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. saya menyokong komentar saudara/i. Syabas!

      Delete
  3. Sekiranya suami itu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan masing-masing beriman dengan kalimah syahadat dan percaya kepada SEMUA rukun iman termasuk segala juzuknya, tidak kira apa parti sekalipun, seseorang itu sudah dikira nyata keislamannya. Tetapi perlu dijaga kepercayaan dan/atau perbuatan dan/atau tutur kata kerana jika tidak kena gayanya, ia boleh merosakkan akidah dan silap-silap boleh jadi murtad tanpa diniatkan untuk menjadi murtad itu. Contohnya jika mengatakan "menyesal aku bernikah dengan kau", bukankah itu telah membawa maksud menafikan atau tidak menyukai jodoh itu ketentuan Allah? Apakah implikasinya pula bila seseorang itu mempertikaikan takdir yang telah ditentukan sejak dari azali lagi itu? Lainlah jika suami itu tidak bertanggungjawab, penagih dadah atau pemabuk umpamanya, maka membuat tuntutan perceraian adalah diharuskan malahan mungkin jadi wajib! Dalam pengkisahan yang diberikan, tiada pula dinyatakan sisuami itu melakukan kesalahan berat, hanya taksub kepada partinya saja. Barang perlu diingat bahawa perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak, fikirkan.
    Begitu juga jika sisuami pula yang mengatakan "menyesal aku bernikah dengan kau", maka ia juga merosakkan akidah sisuami tersebut, ada faham? Sekali lagi saya tegaskan di sini, saya bukannya penyokong PAS dan Amanat Haji Hadi itu sememangnya mencelarukan pemikiran jika tidak dikupas serta dicerakin dengan teliti. Walau bagaimanapun, menyeru kepada pertumpahan darah sepertimana dinyatakan dalam amanat itu, amatlah tidak boleh diterima kecuali dalam posisi diserang terlebih dahulu, bukannya menyerang.
    Lagi satu, tuduhan mengatakan 'keegoan lelaki, mengunakan agama, untuk kepentingan diri-sendiri', hanya orang tidak cerdik sahaja akan mengatakan begitu, sebabnya lelaki pun juga ada adik-beradik perempuan dan anak perempuan! Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri, assalamualaikum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASS.. SAYA IBU DEWI INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SIAPA TAU BISA BERMANFAAT. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA PAK KARTABAYA ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMASANGAN NOMER TOGEL.. SEKARANG SAYA SUDAH BISA BANGUN RUMAH DAN SAYA SUDAH PUNYA USAHA SENDIRI BERKAT BANTUAN BELIAU. DULUHNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKAN SENDIRI.KARNA ANGKA YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH DPT 589 JUTA DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU PAK KARTABAYA JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA HUBUNGI LANSUNG PAK KARTABAYA DI NO_+62852_8092_3347_SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN. INILAH KISAH SUKSES SAYA SEBENARNYA...






      Delete
  4. bila berlaku kes anwar dulu ramai yg marah..so saluran utama nk dpt berita anwar dan gerakan pembangkang hanyalah harakah dan kuliah mesjid..maka berdoyon doyon lah si pekak agama yg marah madet p dengar kuliah...buka kitab seminit..meroyan politik 2 jam...kena pula ustaz pondok yg keras amalan politik taksubnya...so bila si pekak ni dah mula p kuliah maka tersematlah dlm hatinya dia ahli syurga....ini lah dia spesis yg terlahir akibat di doktrinkan oleh ustaz muda yg keras pada bukan jemaah selama bertahun..sbb tu aku katakan kes anwar ibrahim mmg memberi impak yg kuat pada landscape manusia bani melayu ini yg sebahagianya pekak dlm berfikir..dan spesis spesis pekak ini banyak sekarang berterbangan di muka bumi malaya ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, jauh sangat tuan berkelana. Bercakap pasal kes ini sudahlah. Tak usahlah semuanya nak dipolitikkan. Semua benda nak salahkan DSAI. Matanglah sedikit berkomentar tu.

      Delete
  5. Ini hanya 1 kes drpd 1000 kes yg x disebarkan oleh media.. Di kelantan dan terangganu kes seperti ini dah lali..
    Benar kata Rasulullah saw.. Yang Paling Merisaukan adalah di kalangan umat ku yang jumud agama

    ReplyDelete
  6. Puan buat aduan kpd Qadhi.cerita semua masalah puan bagitau suami tuduh puan murtad dan ditailkan keadaan rumahtangga puan dan sikap suami yg tak bertanggungjawab. Srcara peribadi kalau betul cerita puan tu saya sokong puan tuntut cerai

    ReplyDelete
    Replies
    1. ASS.. SAYA IBU DEWI INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SIAPA TAU BISA BERMANFAAT. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA PAK KARTABAYA ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMASANGAN NOMER TOGEL.. SEKARANG SAYA SUDAH BISA BANGUN RUMAH DAN SAYA SUDAH PUNYA USAHA SENDIRI BERKAT BANTUAN BELIAU. DULUHNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKAN SENDIRI.KARNA ANGKA YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH DPT 589 JUTA DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU PAK KARTABAYA JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA HUBUNGI LANSUNG PAK KARTABAYA DI NO_+62852_8092_3347_SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN. INILAH KISAH SUKSES SAYA SEBENARNYA...






      Delete
  7. Ibu Dewi lagi...!!!

    ReplyDelete
  8. Unsur takfiri akan hancurkan Pas daripada dalam.

    Komen pertama ada unsur takfiri tapi tak nak mengaku ahli Pas. Ini unsur taqqiyyah.

    Jelas Pas sedang diresapi pengaruh Syiah laknatullahi alaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20:06 Anda jelas sedang membuat fitnah, saya bukan ahli mahupun penyokong PAS. Sila pergi berguru dan mengenal Allah terlebih dahulu, untuk kefahaman yang lebih mendalam, supaya islam anda itu bukan hanya kerana keturunan atau ikutan sahaja. Apakah anda bersetuju untuk mengatakan menafi/menolak/mempertikai qada dan qadar itu tidak menjadikan sipenuturnya murtad?

      Delete
  9. Mana ibu dewi ni? Rindu pulak nak dengar kisah kejayaan beliau

    ReplyDelete
  10. Unsur takfir yang sangat melampaui batas. Moga Allah SWT memberikan hidayah ke atasmu.

    Walaupun bukan Pas tetapi doktrin ulama Pas yang mengamalkan Takfir ke atas umat Islam sangat mempengaruhi anda.

    Berhati-hatilah menghukum murtad dan kafir kerana ada hadis sahih menyatakan kekafiran itu akan berbalik kepada penuturnya jika tuduhan itu tidak benar.

    Nilaikanlah diri anda... yang konon cukup kenal Tuhan itu dengan tindakan yang lebih menghampiri Rasulullah SAW... Bukan mengamalkan doktrin sesat ulama takfiri.. komen anda yang pertama jelas ada unsur takfiri dan mohon bertaubat atas tuduhan sesat anda.

    ReplyDelete
  11. Cerita hanya dari sebelah pehak apa sebenar terjadi biar mahkamah khadi memutuskan..tak usah merayap pasal amanat bagai dan memanjangkan fitnah.

    Bab mengkafirkan orang Islam memang dilarang tetapi menafikan kekafiran orang bukan Islam boleh menyebabkan kita jadi kafir..kalau tak cukup ilmu pi belajar. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  12. o8:42 Pesoalan mengenai memprotes qada dan qadar di atas itupun masih tidak terjawab, lagi mahu tunjuk pandai. Orang islam WAJIB percaya dengan penuh yakin kepada keseluruhan 6 rukun iman. Jika dia menolak/menafi/memprotes/mempersenda/was-was kepada mana-mana satu atau gabungan atau sebahagian daripada rukun iman, maka orang itu telahpun keluar daripada akidah islam. Adakah anda tidak bersetuju dengan kenyataan ini???
    Tanpa memesong-mesong kelain, sila jawab soalan cepumas yang mudah di atas ini, anda setuju atau tidak.

    ReplyDelete
  13. Pas tu Bukan agama. Keliling Aku semua org pas. Tau la dun klang. Aku kenal hampir separuh ahli pas kawasan Aku. Pernah gak Minta Jadi ahli masa pas dlm PR dulu Pasal taktau mane nak Minta Jadi ahli keadilan. Tapi tak dilayan. Mungkin Pasal jrg lepak surau kot. Abis dah Aku ni meniaga. Lagi pun masa tu tgh kuat. Sejak Ada amanah ni. Pernah gak dia org pelawa Aku join ahli. Tapi Aku Kate Dah Jadi ahli keadilan. Lagi pun ramai ahli Dia org Kawan 2 Aku zaman sekolah. Dan Ada Yg Dari zaman Bujang. Kenalllll sgtttt. Cuma berubah dulu kepala Pakai Cap. Skang Pakai ketayap. Perangai tu.... Tah la. Nanti Jadi fitnah. Ape pun tak payah nak excited sgt la. Dlm alquran takde tulis ahli pas masuk syurga. Ko buat baik ke Jahat ke ade balasannya.

    ReplyDelete
  14. Sila google image asiah abd jalil untuk mengenali puan asiah abd jalil....barulah boleh menilai siapa beliau dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, tuan. Itulah sepatutnya. Daripada menuduh beliau macam-macam, baik buat kajian tentang beliau. Jika malas buat kajian, baik senyap. Ini tidak, macam-macam hal dikatakan kepada beliau. Islam tak ajar kita macam ini. Berhentilah menjadi hakim yang tak bertauliah.

      Delete
  15. Pas perosak rumahtangga umat Islam. Islam yang syumul jadi agama yang jumud bawah Pas. Suami dan isteri boleh bergaduh sebab taasub Pas. Anak-anak yang tak berdosa pun jadi mangsa taasub melampau. Utamakan keluarga daripada parti sebelum keluarga hancur akibat taasub.

    ReplyDelete
  16. Ini bukan kes suami taksub PAS. tapi si isteri menyimpang dari agama sampai menghina nabi. https://penyusakti.wordpress.com/2017/01/17/menjawab-penghinaan-asiah-abd-jalil-terhadap-rasulullah/

    ReplyDelete
  17. Thanks anon 14:04 31/10/2017 memberikan capaian tersebut dengan huraian yang amat jelas. Dalam kes isteri yang memfailkan tuntutan cerai itu, dia telah tidak mensyukuri nikmat (ini yang dimaksudkan kufur nikmat) mendapat tunjuk ajar untuk tidak menyimpang dari agama. Menyimpang dari agama tentu sahaja membawa pengertian telah sesat dari agama islam yang dianutinya. Kenapa perlu dia menghina dan mempersendakan Nabi saw.? Hanya orang kafir sahaja yang sanggup menghina Nabi dan orang islam yang beriman tidak akan berbuat demikian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan