Lima pegawai kementerian dikesan rembat RM100 juta dana untuk orang miskin

SEKUMPULAN pegawai-pegawai sebuah kementerian kerajaan persekutuan dilapor sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana telah "merembat" ratusan juta dana kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan miskin tegar termasuk pelajar.

News Straits Times(NST) mendedahkan, pegawai-pegawai tersebut berpakat dengan sekurang-kurangnya 10 buah syarikat yang sepatutnya menjalankan projek dan program untuk manfaat jutaan rakyat, tetapi sebaliknya mereka telah "merembat" lebih RM100 juta ke dalam poket mereka sendiri.

Kumpulan penyangak ini dilaporkan bertindak licik, tidak meninggalkan sebarang jejak di atas kertas, malah saling bersubahat melindungi kesalahan masing-masing menyebabkan SPRM sukar untuk memperkukuhkan bukti-bukti meskipun telah membuat pemantauan sejak tahun lalu.

Namun, penyangak-penyangak ini dilaporkan lupa dengan adanya sistem Laporan Transaksi Mencurigakan Bank Negara, yang berjaya mengesan pergerakan wang yang besar dalam akaun-akaun bank yang ada kaitan dengan suspek.




Sumber NST menyifatkan ia sebagai jenayah rasuah paling besar setakat ini, mengatasi semua kes sebelumnya. NST turut mendedahkan modus operandi kumpulan penyangak ini di dalam merompak wang rakyat.

Sejumlah peruntukan yang besar sepatutnya digunakan untuk menaik taraf kebajikan awam dan infrastruktur tempatan, telah diseleweng oleh penyangak-penyangak ini menggunakan syarikat-syarikat proksi untuk mengistiharkan di atas kertas kononnya projek-projek yang patut dilakukan sudah siap, namun sebenarnya tak ada apa pun yang dilakukan.

"Ia melibatkan puluhan projek-projek dan inisiatif yang sepatutnya dilaksanakan bagi membantu golongan miskin, termasuk projek-projek bernilai RM500 juta dan RM1 bilion,"

Satu daripada projek inisiatif yang peruntukannya telah diseleweng ialah "Program makanan untuk pelajar-pelajar miskin,"

Sumber rapat dengan siasatan yang sedang dijalankan dipetik sebagai berkata, penyiasat-penyiasat SPRM telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 5 pegawai kementerian, yang bersekongkol menyeleweng dana berkenaan.

3 Comments

  1. Tak besar mana seleweng 100 juta nih....

    100 lebih juta KBS?

    Sabah Water Project :

    54 million Cash
    30 million Cash overseas
    Jewellery & other items?

    In all 27-30% off 3.3 Billion kickbacks....you do the maths!

    But that as group of crooks!

    What about mother of all CORRUPTIONS ie. PM01 got 42 million and 2.6 Billion...

    Malaysia really is in a hellhole of corruption isn't it?

    If GE14 is not to be a reawakening, then Malaysia will stay in hellhole for a very very long time after.

    ReplyDelete
  2. Many many more "sharks" out there..

    ReplyDelete
  3. Easy Math!! kickback aka kamsin or rasuah what the diff...as of todate the numbers prosecuted is just a tip of the iceberg...like 1MDB the one that we all know of...but the amount ringgit that gone with the wind every year - to politicians, top civil servant, and ordinary government staff ..easily 3 to 4 billions. In the form of petty to big buck kickback by the million. Fake claims, LO, misused of department fund and many more means to siphon public money. The Rakyat will continue to suffer, whilst they continue to enjoy all form of pecks and benefit.. despite the worsening economy.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan