Peguam pening, ratusan aduan terhadap AGR tapi Yusuf Azmi kena dakwa

RATUSAN laporan polis dibuat terhadap AGR Auto Trade Holding Berhad, yang dikatakan telah menipu dan menindas ratusan pemilik kenderaan.

Namun tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap Datuk Kabi, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, sebaliknya Yusuf Azmi pula yang ditahan dan didakwa di mahkamah.

Itulah persoalan yang berulang kali ditimbulkan oleh pelbagai pihak kepadanya kata Dato' Hishamuddin Hashim, Pengerusi Biro Undang-undang Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

peguam pening

"Saya dihujani oleh lebih kurang 50, 60 soalan, call (hubungi) saya, tanya kat saya, kenapa datuk Kabi, AGR Auto Trade yang telah ada aduan lebih daripada 100 aduan, kita tak nampak ada satu pertuduhan terhadap dia," katanya.

Sebaliknya Yusuf Azmi yang datang untuk menolong atas permintaan dan aduan dari mangsa pula yang didakwa di mahkamah, atas tuduhan menceroboh.

Menurut Hishamuddin lagi, Yusuf Azmi datang untuk membantu mangsa yang ditindas dan tiada niat menceroboh, tambahan pula mangsa telah membuat laporan polis sebelum itu namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Apa yang Yusuf Azmi buat ialah mengambil usaha, untuk tolong mangsa yang ada, dan dia tidak berniat untuk menceroboh!" tegasnya.

"Kalau dia ada berniat nak menceroboh dah tentu dia buat diam-diam malam-malam. Ini dia panggil sahabat-sahabat rakan media datang, dan dengan kehadiran pihak polis," katanya.

Hishamuddin turut menyifatkan ia sebagai satu soalan yang sukar difahami dan memeningkan.

"Jadi saya tak faham, ini satu soalan yang saya pening," tambahnya.



BACA JUGA — Tangan Ghaib arah tangkap saya kata Yusuf Azmi

2 Comments

  1. Penguasa Polis dan Hakim Hakim du Malaysia memang kebanyakan nye PUNDEK.duit gaji yg korang dapat tu semuanye HARAM tau.RAKYAT YANG BAYOR KAU INGAT TU.KAMI HARAMKAN GAJI KORANG TU KERANA TIDAK BERLAKU ADIL

    ReplyDelete
  2. Menyambut Imlek atau tahun baru cina 2018 Agens128 akan bagi-bagi freebet dan freechip poker senilai
    Rp 125.000,mau tau cara dapatnya ? baca selengkapnya di http://agens128(titik)org/freebet-imlek-2018-berupa-angpao-senilai-125-000/
    Dan Coba Juga Permainan Populer Kami Lainnya ( Sportsbook, sabung ayam, dan masih banyak lagi )
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    S12888.com/ www.s128agen.com / S12888.net
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559
    kaosos

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan