Plaza Tol Ipoh Selatan roboh dilanda ribut kencang

HUJAN lebat dan ribut petir, disertai dengan tiupan angin kencang dilaporkan menjadi punca menyebabkan beberapa struktur kaunter Plaza Tol Ipoh Selatan, di Lebuhraya Utara Selatan, roboh dan berteraburan di atas jalan.



Difahamkan empat lorong tol di bahagian utara terpaksa ditutup laluannya berikutan siling bumbung Plaza Tol berkenaan yang runtuh selain palang tol turut mengalami kerosakan.



Perkara itu telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 5:50 petang hari Khamis 26 Oktober 2017.



Sehingga jam 7 malam, dua daripada empat tol yang ditutup akibat terjejas sebelum itu telah dibuka semula, namun kerja-kerja pembaikpulihan dan pembersihan masih lagi dijalankan.

3 Comments

  1. Nasib baik masa ni aku bawa motor, kalau tak Mesti malam sampai rumah

    ReplyDelete
  2. ni dari A ke Z semuanyer cap ayam punya barang. mana tak bolih dpt untung berbillion2. baru hujan dgn ribut belum lagi gempa bumi.

    ReplyDelete
  3. adapun beberapa keuntungan bermain judi ini yaitu sebagai berikut dengan keuntungan bermain judi online
    Dapat memilih jenis permainan, Keuntungan bisa didapatkan dengan mudah, Bisa mendapatkan bonus(bonus deposit, bonus new member, bonus refferal), Dapat menghibur dalam permainan judi ini
    Untuk mengetahui info-info selanjutnya anda bisa menghubungi kami di sini https://goo.gl/9eVDDx
    HUBUNGI KAMI:
    HP: +6281377055002
    BBM: D1A1E6DF
    YM: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)
    WECHAT ID: BOL-A-V-ITA (GARIS NYA DI HAPUS)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan