Wanita paling tua di Malaysia meninggal dunia di Rembau

WANITA berusia 128 tahun, Safiah Ujang yang dipercayai sebagai wanita paling tua di Malaysia, dilaporkan meninggal dunia hari ini di rumahnya di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau.



Safiah dilahirkan pada 11 Februari 1889, dikatakan meninggal dunia akibat sakit tua sekitar tengah hari tadi.

Salah seorang daripada cucunya, Muhammad Hafiz Abdul Ghani, 29 berkata Safiah mengalami penyakit kanser usus, dan berada dalam keadaan uzur sejak tiga minggu lalu.

"Saya menjaga nenek sejak sebulan yang lalu sebelum keadaannya bertambah buruk. Keadaannya sangat lemah," kata Hafiz seperti yang dipetik oleh NST.

"Dia mula hilang selera dan tak mahu makan nasi. Dia hanya minta buah-buahan dan susu setiap hari," katanya lagi.

Memiliki status sebagai wanita paling tua di Malaysia, menurut Hafiz, neneknya itu tidak pernah menerima sebarang pengiktirafan rasmi daripada pihak berkuasa.

"Kami hanya diberitahu secara pengesahan mulut, oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara ketika lawatan mereka beberapa bulan yang lalu," katanya.

Safiah tinggal bersama anak tunggalnya, Abdul Ghani Daud, 74, enam cucu dan 30 cicit.

Jasadnya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Seberang Batu Hampar  selepas solat asar hari ini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menyambut Imlek atau tahun baru cina 2018 Agens128 akan bagi-bagi freebet dan freechip poker senilai
    Rp 125.000,mau tau cara dapatnya ? baca selengkapnya di http://agens128(titik)org/freebet-imlek-2018-berupa-angpao-senilai-125-000/
    Dan Coba Juga Permainan Populer Kami Lainnya ( Sportsbook, sabung ayam, dan masih banyak lagi )
    Untuk Lebih lengkapnya bos bisa lihat di Link kami :
    S12888.com/ www.s128agen.com / S12888.net
    Contact Kami :
    BBM : D8B84EE1
    Line id : agens1288
    WhatsApp : 0878-6720-2559
    AS
    dsa

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda