15 peratus rakyat abai makan untuk bertahan sampai hujung bulan

SEJUMLAH 15 peratus rakyat Malaysia terpaksa mengabaikan makan untuk bertahan sampai ke hujung bulan lapor thesundaily memetik hasil dapatan sebuah kajian yang dibuat.

Menurut tinjauan itu, yang dijalankan oleh Merdeka Centre bermula pada 4 November hingga 14 November terhadap 1,203 pengundi-pengundi berdaftar, mereka mendapati jumlah rakyat Malaysia yang mengeluh tentang masalah ekonomi semakin meningkat.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, situasi itu "sangat membimbangkan" terutama terhadap golongan B40 (golongan 40% ke bawah yang berpendapatan rendah).

barjoyai bardai
Prof Dr Barjoyai Bardai

Beliau menegaskan, golongan Ini langsung tidak mempunyai simpanan pada setiap hujung bulan, manakala simpanan bagi golongan M40 (golongan 40% pertengahan) adalah sangat minimum.

"Golongan B40 mempunyai purata pendapatan bulanan kurang daripada RM2,000 sementara kos sara hidup minimum di kawasan bandar adalah sebanyak RM2,530. Secara asasnya mereka langsung tidak ada peluang untuk menyimpan, selain wang KWSP,"

"Malah dilaporkan pada tahun 2013, seramai 69 peratus pencarum mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam akaun mereka, sementara 54 peratus mempunyai simpanan kurang daripada RM20,000. Bolehkah anda bayangkan kumpulan ini nak bersara pun tak mampu," katanya kepada The Sun pada hari Khamis.

Barjoyai menyifatkan sebuah "krisis" sedang memuncak tinggi terhadap golongan B40 dan M40 sambil menambah bahawa peningkatan gaji tahunan tidak sepadan dengan peningkatan kos hidup.

"Mereka tidak akan mampu bertahan untuk hidup dalam 10 tahun. Jadi kita perlu memastikan setiap keluarga mempunyai sumber-sumber pendapatan lain selain pekerjaan," katanya.

Kajian Merdeka Centre yang diterbitkan pada 24 November lalu, sebuah kajian susulan daripada kajian yang telah dibuat pada bulan Januari lalu mendapati:

1. 11 peratus rakyat terpaksa menggadai barang milik mereka untuk memenuhi keperluan perbelanjaan, 1 peratus lebih tinggi berbanding bulan Januari.

2. 29 peratus rakyat tidak mempunyai simpanan minimum RM500 untuk keperluan kecemasan berbanding 33 peratus pada bulan januari.

3. 64% rakyat merasa tertekan memikirkan masa depan, berbanding 68% pada bulan Januari.

4. 40% rakyat terpaksa menangguhkan atau tidak mampu membayar bil utiliti bulanan, seperti elektrik dan telefon, angka diperolehi sama dengan bulan Januari.

5. 20% rakyat terpaksa membuat hutang-hutang baru (sama ada membuat pinjaman peribadi atau menerusi kad kredit) berlaku peningkatan 2% berbanding bulan Januari.

6. 15% mengalami konflik baru dengan keluarga, peningkatan dua peratus berbanding bulan Januari.

Responsen dipilih secara rawak menggunakan keadah sampel berdasarkan etnik, jantina dan umur, daripada kesemua 222 wilayah parlimen, dengan perkadaran berdasarkan populasi bagi setiap daerah parlimen.

Mengulas hasil tinjauan tersebut, seorang lagi pakar ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, rakyat marhaen adalah golongan paling menderita disebabkan kerajaan terlalu asyik dengan pertumbuhan ekonomi dan bermain politik.

"Persoalan sebenar yang kita patut tanya ialah, Siapa yang mendapat untung dari pertumbuhan (ekonomi) ini? Bisnes-bisnes besar dan pelabur asing. Tapi rakyat di bawah berbeza ceritanya," katanya seperti yang dipetik oleh The Sun.

Kata Navaratnam lagi, keseluruhan sistem ekonomi mesti disemak dan dikaji semula, supaya model-model ekonomi baru dapat diperkenalkan untuk menangani isu tersebut.

12 Comments

  1. kajian karut marut..yg dikaji puak2 pakatan haram..haram lah jawapan nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni pun termasuk b40 agaknya. Itu sebab bodoh tp sombong sgt

      Delete
  2. nanti di kaji selidik orang mati..ditanya kenapa mati..sebab di malaysia barang2 mahal..tak mampu nak beli..sebenarnya puak2 sanz pemalas penghasut..kereta mewah tapi masih nak sabsidi minyak..sbb tu melalak bila harga minyak naik..
    .

    ReplyDelete
  3. Dua malaun di atas adalah bukan manusia yang dilahirkan oleh ibu mereka yang sah nikahnya.

    ReplyDelete
  4. Ini lagi salah satu contoh taktik pembangkang untuk menanamkan kebencian kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

    Sekali imbas artikel ini nampak seperti sebuah fakta, namun sebenarnya ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah dakyah fitnah dan pembohongan semata-mata untuk Menghasut rakyat.

    Mari saya bongkarkan satu demi satu.

    1. Siapakah yang memilih untuk tidak mahu makan sehingga hujung bulan? Dari artikel tersebut jelas sekali bahawa rakyat itu sendiri yang tidak mahu makan. Tidak ada sebarang bukti Perdana Menteri memaksa orang itu untuk tidak makan. Jelas di sini kesalahan ini tidak patut ditujukan kepada Perdana Menteri kita hormati.

    2. Kenapa mereka memilih untuk bekerja dengan gaji yang kecil, pelbagai bantuan kemudahan dan infrastruktur yang telah disediakan kerajaan bagi meningkatkan pendapatan rakyat. Tapi kenapa golongan ini masih memilih untuk berada di dalam keadaan yang susah? Adakah mereka sengaja hidup susah supaya dapat menyalahkan kerajaan?

    3. Hidup ini adalah pilihan, memilih untuk menjadi susah dan senang juga adalah pilihan, namun adakalanya menjadi bodoh itu bukan pilihan, sebaik sahaja kamu membuat keputusan untuk menyokong pembangkang, ini bermakna kamu memilih untuk menjadi bodoh.

    Fikir-fikirkanlah...

    #PuteriPeduli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oi bodori, kena kpd anak beranak sedara mara cucu cicit sendiri baru nak sedar kot. Ini soal asas makan utk hidup bukan melantak dedak mcm kau sampai tak habis makan tujuh keturunan

      Delete
  5. Kalau tak tahu antara freehold dengan leasehold...bodoh tak kak lisa

    ReplyDelete
  6. Tiada sebab untuk orang memaksa kita untuk mengundi BN yg x memahami keluh kesah rakyat....maka dengan ini kami sekeluarga akan mengundi Pakatan Harapan....

    ReplyDelete
  7. Pandang tinggi kat orang miskin dr macai cap ayam mcm cik lisa ni...kuat makan dedak...

    ReplyDelete
  8. Tapi kenapa mereka ni memilih utk berada dlm keadaan susah?...soalan mcm gampang lisa oii...tak semua dilahirkan kaya dan pandai macam ko lisa....ada ke org nak hidup dlm keadaan susah...boleh bagi nama org tu lisa...nak bagi intebiu sikit...

    ReplyDelete
  9. Permainan menarik dan seru bisa anda temui di B*O*L*A*V*I*T*A* jangan sampai ketinggalan daftarkan diri anda sekarang juga BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002

    ReplyDelete
  10. memang pukimak najib tu! sial anjing!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan