CEO Tune Talk Jason Lo nafi ditahan di Dubai kerana dadah

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Talk, Jason Lo menafikan laporan media menyatakan dirinya ditahan di Dubai baru-baru ini kerana memiliki dadah.

Dalam satu kenyataan media, menurut Jason dia telah ditahan dalam lokap kerana cuba membantu rakannya yang cuba menghentikan satu pergaduhan, dan telah bergelut dengan seorang lelaki rupanya adalah perisik polis.



"Inilah kisahnya sekiranya kamu tidak tahu. Saya telah mendarat di Dubai, di lapangan terbang kawan saya cuba hentikan satu pergaduhan. Kemudian dia dipukul dan saya bergelut dengan seorang lelaki rupa-rupanya adalah perisik polis.

Saya ditahan di lokap lelaki ini menangguhkan kenyataannya selama berminggu-minggu. Ianya sangat dahsyat. Tidak sedahsyat bila saya keluar dan dengar khabar angin saya kena lokap kerana kes lain." jelasnya.

Sebelum ini sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan seorang CEO Telco Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Dubai 18 September selepas pihak berkuasa menemui dadah tersembunyi dalam bagasinya.

"Dia telah ditahan oleh pihak berkuasa UAE Pada 18 September sebaik sahaja pesawat yang dinaikinya dari Amsterdam mendarat.

"Dia telah ditahan selama 2 minggu di pusat tahanan lapangan terbang untuk siasatan lanjut," lapor sumber berita berbahasa Melayu itu yang memetik kenyataan sumber.

"Selepas 2 minggu, CEO tersebut telah dipindahkan ke penjara pusat Al-Aweer bagi menjalani hukuman," tambah sumber itu lagi.

Akhbar itu melaporkan CEO berkenaan kemudian dibebaskan dan terbang kembali ke Malaysia pada hari Selasa.

1 Comments

  1. Ayo gabung dengan situs agen judi online terpercaya
    Hanya di www(titik)bolavita(titik)org
    Bisa juga hubungi, info :
    BBM : D8C363CA
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002
    Email : cs@bolavita .com

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan