Ikea Tebrau Johor dibuka, ribuan pengunjung beratur panjang

GEDUNG Ikea Tebrau Johor mula dibuka hari ini menyaksikan ribuan pengunjung beratur panjang. Orang ramai dilihat sanggup bersesak-sesak di bawah panas matahari.

Banyak gambar-gambar yang dikongsikan oleh orang ramai yang mengunjungi Pasaraya menjual perabot dan perkakas rumah mampu milik itu di media sosial.



Difahamkan laluan sekitar kawasan Tebrau, Johor juga begitu sesak. Sila rancang perjalanan anda.

Gedung di Tebrau Johor itu merupakan rangkaian ketiga Ikea di negara Malaysia selepas 2 buah gedung sebelum ini yang dibuka di Cheras dan Damansara.

Syarikat itu dilaporkan akan membuka sebuah lagi Gedung di Pulau Pinang, sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaannya di Asia Tenggara khususnya di Malaysia.



Syarikat IKEA yang berasal dari Sweden itu turut mempunyai gedung di Singapura dan Thailand.

IKEA sebelum ini dilaporkan telah memulakan fasa pertama pengambilan pekerja bagi lebih 50 jawatan termasuk kumpulan pengurusan gedung berkenaan.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah, jawatan pengurus gedung, pengurus dan penolong pengurus jualan, komunikasi dan reka bentuk dalaman, sumber manusia, restoran dan bahagian logistik.

Jika anda berminat untuk memohon kerja dengan IKEA, di gedung yang baru dibuka di Tebrau, Johor ini, sila lawati ikea.my/jobs

3 Comments

  1. Bersama Kami Agen Sportbook Terpercaya
    Mari Maenkan Dan Dapatkan Bonus Yang Menarik
    Proses Deposit, Withdraw, Pindah dana Dalam Hitungan Menit
    Hanya Di Website www(titik)bolavita(titik)org
    Untuk Info Lebih Lanjut, Hubungi :
    BBM : BOLAVITA
    line : bolavita
    wechat : bolavita
    whatup : 6281377055002

    ReplyDelete
  2. Ini petanda ekonomi yg macam mana pulak MS,merudum ,berkembang atau biasa -biasa je ke?.

    ReplyDelete
  3. Saya pergi semalam, nampak ramai orang singapura je yang beratur tu. Semua datang sebab nak dapat barang free sempena pembukaan IKEA tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan