Jumlah pengguna internet di Malaysia 2017 capai angka 24.5 juta

JUMLAH pengguna internet di Malaysia mencapai 25.4 juta orang bersamaan dengan 76.9 peratus dari keseluruhan rakyat Malaysia yang dilaporkan mengatasi purata global.

mazlan skmm

Data itu diperolehi daripada Kajian Pengguna Internet 2017 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaporkan oleh portal Malay Mail.

Hanya sejumlah kecil iaitu 18.3 peratus daripada rakyat Malaysia dilapor menggunakan sepenuhnya teknologi Internet sedia ada untuk menjana pendapatan dan meningkatkan potensi perniagaan mereka.

Kajian yang mula dijalankan pada November tahun lepas dan berakhir pada Februari tahun ini mendapati bahawa seorang daripada setiap empat rakyat Malaysia (1:4) tidak menggunakan internet kerana alasan kurang keyakinan dan minat.

Kajian Pengguna Internet 2017 telah menemubual sejumlah 3,469 responden di mana seramai 2, 402 adalah pengguna internet manakala selebihnya 1,067 bukan pengguna internet melalui Sistem Temubual Melalui Telefon Berkomputer (CATI).

Menurut pegawai operasi SKMM, Datuk Dr Mazlan Ismail, kajian itu meliputi 18 kategori aktiviti dalam penggunaan internet. Antara yang dimaklumkan sebagai senarai teratas pengguna melayari internet adalah seperti berikut.

1. Komunikasi dalam pesanan teks (96.3 peratus)
2. Melayari media sosial (89.3 peratus)
3. Tujuan belajar (67.6 peratus)
4. Tujuan kerja (56.3 peratus)
5. Membeli-belah atas talian (48.8 peratus)
6. Perkhidmatan kerajaan (45.9 peratus)
7. Aktiviti kewangan (41.7 peratus)

Katanya, rakyat Malaysia juga melayari internet untuk mendapatkan maklumat, mendengar muzik, menonton video, dan memuatnaik audio, imej dan bahan bacaan. — 29 November 2017

1 Comments

  1. Permainan menarik dan seru bisa anda temui di B*O*L*A*V*I*T*A* jangan sampai ketinggalan daftarkan diri anda sekarang juga BBM: D8C363CA (NEW), D1A1E6DF (NEW), D8DB1C57 (NEW) whatup : 6281377055002

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan