Saturday

Pihak berkuasa bingung jumpa jutaan wang ketika serbu premis urut


PENEMUAN jutaan ringgit wang tunai dalam satu serbuan sebuah premis urut terkenal di Kota Kinabalu, Sabah dilapor membingungkan penguatkuasa sekaligus menimbulkan persoalan dari mana punca wang tersebut dan apakah tujuan ia diletakkan di premis itu.

hotel promenade KK

Serbuan di dalam membanteras warga asing di Hotel Promenade, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah itu telah membawa pihak berkuasa Jabatan Imigresen ke sebuah pangsapuri berdekatan untuk merampas sejumlah besar wang tunai.

Pihak berkuasa imigresen Sabah dan Putrajaya dilaporkan "menutup mulut" tentang serbuan dan rampasan itu, namun menurut sumber memberitahu Malay Mail bahawa pihak berkuasa itu ada meminta bantuan dari pihak polis.

Seramai 20 orang termasuk beberapa orang lelaki ditangkap dalam serbuan berkenaan di spa hotel.

"Tiga orang tempatan sementara yang lain wanita warga asing dipercayai berasal dari China, Indonesia dan Filipina," sumber itu dipetik.

Anggota yang menyerbu menemui wang tunai disembunyikan dalam kawasan bilik simpanan bar.

"Siasatan terhadap individu-individu yang ditahan dalam serbuan itu, membawa anggota penguatkuasa ke apartmen berkenaan di mana wang itu ditemui,"

Pengarah Polis Sabah, Datuk Ramli Din enggan memberi sebarang ulasan tentang butiran lanjut serbuan tersebut, katanya Ia adalah operasi Jabatan Imigresen.

Selepas diasak oleh wartawan, beliau mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat namun enggan memberikan butiran lanjut kerana siasatan sedang dijalankan dan lebih banyak tangkapan dijangka akan dilakukan.

Pihak berkuasa tiba di hotel perniagaan itu pada kira-kira jam 1 pagi sekaligus memeranjatkan kakitangan dan pelanggannya.

Mereka menggeledah premis berkenaan dan menemui sebilangan wanita warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia dan di sebalik dinding palsu.

"Apa yang mengejutkan bukanlah penemuan wanita-wanita berpakaian seksi dan menjolok mata, tapi sejumlah wang tunai yang besar itu,"

"Pihak polis telah dihubungi kerana tiada siapa menyangka akan ada rampasan itu dan bagi memastikan tidak ada wang yang hilang," kata sumber itu lagi.

Sebelum subuh, kisah rampasan sejumlah besar wang itu telah mula tersebar.

Wang tunai itu segera dipindahkan di bawah kawalan ketat Ibu Pejabat polis negeri bagi membolehkan penyiasat mengesahkan jumlahnya.

Ketika laporan ditulis, jumlah wang tunai yang sudah dikira adalah sebanyak RM13 juta, dan para pegawai masih lagi sedang mengira wang tersebut sementara lebih banyak serbuan dijalankan di Kota Kinabalu. — 25 November 2017

5 comments

Lama-kelamaan, dalam mangkuk tandas pun jutaan ringgit disembunyikan. Banyaknya wang haram di negara ini. Masihkah kita rela melihat keadaan itu, wahai rakyat Malaysia? Fikirlah weh, jangan asyik berkecuali sahaja. Boring...

agak nya sebahagian simpanan bisnes bisnes mafia dari kegiatan pelacuran, penyeludupan barangan & manusia, dan lain lain lorrrr...

mungkin ada individu2 dgn anugerah ‘Dato Datuk Dato Seri YB’ yg terlibat ...

Zaman yg penuh dgn misteriiiiii....MH370.n etc

Diorg ni kira pakai tangan ngan air liur lg ke... zaman ni org kira duit pakai mesin cam kat bank tu la...

Halo, Adakah anda sedang mencari pinjaman? Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang dan lain-lain jenis pinjaman. Adakah anda telah dinafikan pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab? Ini adalah peluang untuk anda mencapai impian anda. Puan Henrietta Fernando pemberi pinjaman swasta lesen menawarkan pinjaman yang dijamin kepada perniagaan dan individu dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2%. Untuk maklumat lanjut, emel kami hari ini untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera. Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. E-mel kami: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)


EmoticonEmoticon